Sorotan terhadap konsep sistem bersepadu permohonan & penilaian latihan lndustri (ITAIS) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, AS203, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pahang / Syamsyir Akmal Senawi … [et al.]
Latihan Industri merupakan salah satu komponen wajib yang perlu dimurnikan bagi memenuhi keperluan program diperingkat Ijazah Sarjana muda. Aliran proses yang kompleks dimulai dengan permohonan sehingga kepada penawaran tempat latihan melibatkan proses dokumentasi yang rumit. Koordinasi permohonan d...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68083/1/68083.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68083/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan Industri merupakan salah satu komponen wajib yang perlu dimurnikan bagi memenuhi keperluan program diperingkat Ijazah Sarjana muda. Aliran proses yang kompleks dimulai dengan permohonan sehingga kepada penawaran tempat latihan melibatkan proses dokumentasi yang rumit. Koordinasi permohonan dan pencarian tempat latihan mengikut peringkat dan disiplin persuratan rasmi perlu dipantau dengan teliti bagi memastikan kelestarian hubungan harmoni antara universiti dan industri dapat dipelihara. Penyimpanan dan akses pantas secara atas talian (online) kepada maklumat latihan industri para pelatih secara cekap adalah mendesak terutama melibatkan pemilihan dan pecaturan pensyarah pelawat, pemantauan kemajuan para pelatih, rumusan penilaian para pelatih serta keadaan kecemasan melibatkan pelatih yang sedang menjalani latihan industri. Sistem penilaian yang adil, diyakini, berobjektif serta efektif adalah penting demi memastikan intergeriti serta kualiti subjek latihan industri dapat dipertahankan. Selain itu maklumat yang relevan meliputi persepsi pelatih, industri dan pensyarah haruslah digembeling serta dianalisis bagi menyumbang kepada penambahbaikan subjek dan keperluan silibus program. Oleh yang demikian satu jujukan parameter yang signifikan dan relevan bersifat perbandingan adalah perlu bagi membolehkan pemantauan dan analisis berterusan oleh penyelaras kepada pelatih, pensyarah dan industri dari permulaan sehinggalah latihan industri dimuktamadkan. Maka pemantauan antara muka Sistem Bersepadu Permohonan & Penilaian Latihan Industri (ITAIS) secara atas talian (Online) adalah penyelesaian kepada cabaran berkenaan. |
---|