Pengurusan keselamatan jalan raya: memahami gelagat pemandu kenderaan persendirian (suatu kajian kes di UUM) / Suhaila Abdul Hanan and Hasnizam Shaari

Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kesedaran undang-undang lalu lintas dengan fokus utama kajian adalah gelagat pemandu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gelagat para pemandu berdasarkan ciri-ciri demografik pemandu tersebut iaitu umur, jantina, tahap akademik dan tempoh pemil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hanan, Suhaila, Shaari, Hasnizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67985/1/67985.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67985/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kesedaran undang-undang lalu lintas dengan fokus utama kajian adalah gelagat pemandu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gelagat para pemandu berdasarkan ciri-ciri demografik pemandu tersebut iaitu umur, jantina, tahap akademik dan tempoh pemilikan lesen memandu. Driver Behaviour Questionaire (DBQ) digunakan sebagai asas bagi borang soal selidik disesuaikan dengan maksud kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara umur dan gelagat pemandu semasa memandu. Menariknya, ia menunjukkan tidak wujud hubungan antara gelagat pemandu dengan jantina. tahap akademik dan tempoh pemilikan lesen memandu. Oleh yang demikian, penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak berkuasa secara tegas perlu untuk mendidik para pemandu agar memandu secara berhemah. Selain itu, meningkatkan tempoh bagi lesen P perlu difikirkan kerana tempoh selama dua tahun itu adalah terlalu singkat bagi pemandu muda yang masih kurang pengalaman dan pengetahuan tentang pemanduan berhemah.