e-Teaching Portfolio (e-TP) dan e-Course File (e-CF) sebagai pemudahcaraan bagi pensyarah akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang / Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Marbawi Taha dan Nurfahiratul Azlina Ahmad

Portfolio pengajaran dan fail kursus banyak digunakan dalam pendidikan tinggi sebagai alat pengurusan yang berguna untuk pemantauan dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan ahli akademik. Namun, dokumentasi yang sedia ada mempunyai masalah dari aspek tekanan masa, data tidak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zahid, Emie Sylviana, Taha, Mohd Marbawi, Ahmad, Nurfahiratul Azlina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67527/1/67527.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67527/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Portfolio pengajaran dan fail kursus banyak digunakan dalam pendidikan tinggi sebagai alat pengurusan yang berguna untuk pemantauan dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan ahli akademik. Namun, dokumentasi yang sedia ada mempunyai masalah dari aspek tekanan masa, data tidak terintegrasi dan tidak mudah diakses serta berasaskan kertas. Malah masalah pembaziran kertas turut berlaku apabila bahan pengajaran yang tidak lagi releven akan dibuang. Meskipun, UiTM menggalakkan warganya ke arah penjimatan. Selain itu, pembelajaran telah dilaksanakan secara online Distance Learning (ODL) sepanjang covid19. Begitu juga kursus, bengkel dan seminar turut dilaksanakan secara atas talian. Oleh yang demikian, dokumentasi berasaskan kertas perlu digantikan dengan sistem elektronik. Berdasarkan kepada soal selidik, maka e-teaching portfolio dan e-course file diperkenalkan ditempat yang mudah dicapai. Hasilnya, ia memberi impak kepada para pensyarah ACIS dari aspek kecekapan iaitu Pertama; penjimatan masa. Kebanyakan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran atas talian telah dimuat naik, maka gerak kerja menjadi lebih cekap dan pantas. Kedua, menjimatkan kos. Tiada kos fotokopi yang perlu dikeluarkan. Ketiga, meningkatkan produktiviti. Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dikongsi sesama pensyarah. Keempat, mudah digunakan (user friendy). Pengguna berinteraksi dengan sistem tanpa perlu kemahiran yang tinggi dalam bidang komputer. Malah memudahkan proses pengauditan di UiTM.