Liputan ringkas dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi MARA Shah Alam / Prof. Dr. Shahrani Anuar
Tahun 1999 merupakan permulaan satu tempoh masa yang sangat mencabar, kepada pengurusan Fakulti khasnya dan warga setempat amnya, kerana berada di tengah-tengah arus pembaharuan dan pembangunan. Di antaranya ialah kewujudan Fakulti sebagai entiti sendiri pada tahun tersebut telah menimbulkan krisis...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67447/2/67447.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67447/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tahun 1999 merupakan permulaan satu tempoh masa yang sangat mencabar, kepada pengurusan Fakulti khasnya dan warga setempat amnya, kerana berada di tengah-tengah arus pembaharuan dan pembangunan. Di antaranya ialah kewujudan Fakulti sebagai entiti sendiri pada tahun tersebut telah menimbulkan krisis sumber manusia dan fizikal secara mendadak di peringkat awal. Tema Universiti Mega yang digunakan tidak lama dahulu juga membawa rentetan insiden untuk menambahkan lagi dimensi masalah yang diwarisi sejak kewujudan sejarah Fakulti pada tahun 1968. Tugas yang turut menjadi penting dan berat ialah untuk mengekalkan akreditasi Program Ijazah EM220 dari Board of Engineers Malaysia (BEM) dan badan berwajib yang berkaitan. Namun, faktor yang paling utama ialah untuk merealisasikan unsur agenda Melayu samada yang tersurat atau yang tersirat. Umum mengetahui bahawa bilangan dan peratus ahli profesional berdaftar, termasuk para jurutera, dari golongan masyarakat Melayu adalah kecil dan kian merosot hingga terakhir ini, pada tahun 2002 adalah 26%. Turut terkenal ialah kadar tertinggi yang gagal dalam program adalah dari pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal hingga mencecah 12% pada satu ketika. Kadar gagal dalam kursus lebih mencemaskan dengan yang tertinggi hingga 83%. Senario ini diburukkan lagi dengan kadar pelajar yang tamat tepat mengikut waktu terlalu rendah, di sekitar 10%. Fakta-fakta tersebut merupakan petunjuk yang tidak membantu dalam usaha Y.Bhg. Dato' Seri Naib Canselor untuk memartabatkan Universiti sebagai yang bertaraf dunia. la juga akan meletakkan Universiti di satu kedudukan yang tidak selesa walaupun ia adalah di antara yang tertua mengikut fakta sejarah. Pemahaman yang mendalam dan tindakan berhemah jua yang diperlukan, terutama untuk menangani isu-isu yang sudah berakar-umbi tanpa diketahui punca asal yang sebenar. |
---|