Kajian pengurusan penginapan dan kesannya kepada pembangunan pelajar di Universiti Teknologi MARA Kampus Samarahan Sarawak / Nicholas Balawing ...[et al.]

Pengurusan penginapan kolej adalah merupakan salah satu badan pengurusan UiTMS kampus Samarahan. Ia adalah merupakan badan pengurusan yang mengurus mengenai soal makanan pelajar serta yang berkaitan dengan kemudahan pelajar dari segi fizikal seperti katil, meja belajar, lampu dan sebagainya. Oleh it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Balawing, Nicholas, Liut, Margaret, Nyordes, Jessica, Pani, Genevieve Peter
Format: Student Project
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64528/1/64528.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64528/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan penginapan kolej adalah merupakan salah satu badan pengurusan UiTMS kampus Samarahan. Ia adalah merupakan badan pengurusan yang mengurus mengenai soal makanan pelajar serta yang berkaitan dengan kemudahan pelajar dari segi fizikal seperti katil, meja belajar, lampu dan sebagainya. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pengurusan penginapan kolej memainkan peranan yang agak penting kepada para pelajar untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan selesa sepanjang tempoh mereka menuntut di UiTMS kampus Samarahan. Skop kajian yang dibuat adalah meliputi kesan pencapaian pelajar dalam akademik kepada pembangunan pelajar itu sendiri. Selain itu, ia juga memberi penekanan kepada aspek lain seperti pandangan pelajar terhadap pihak kolej bila ada aduan, masalah yang sering dihadapi oleh pelajar serta pandangan pelajar tentang cara untuk meningkatkan keberkesanan pihak pengurusan penginapan kolej. Malah, jika pengurusan penginapan kolej ini tidak dapat memberikan kemudahan dari segi fizikal yang mencukupi kepada para pelajar, ia boleh memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan pelajar dari segi akademik. Ini adalah kerana keadaan sekeliling memainkan peranan yang penting dalam pembangunan seseorang pelajar itu terutamanya dari segi akademik.