Penentu pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar program sepenuh masa diploma pentadbiran awam : Satu kajian kes di Universiti Teknologi MARA Sarawak / Asiah Yusop … [et.al.]
Kajian ini adalah mengenai penentu pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar program sepenuh masa Diploma Pentadbiran Awam (DPA) di mana kajian kesnya bertempat di Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan, Sarawak. Ianya dilihat dalam konteks untuk mengenal pasti punca masalah dan mencari peny...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62607/1/62607.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62607/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah mengenai penentu pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar program sepenuh masa Diploma Pentadbiran Awam (DPA) di mana kajian kesnya bertempat di Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan, Sarawak. Ianya dilihat dalam konteks untuk mengenal pasti punca masalah dan mencari penyelesaian yang bersesuaian di dalam mengatasi setiap masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar DPA. Perkara ini amat penting kerana ianya adalah penentu bagi setiap pencapaian prestasi akademik mereka. Objektif utamanya adalah untuk menganalisa setiap faktor-faktor sama ada dalaman atau luaran dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang strategik untuk mengawal fenomena ini daripada berterusan. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang responden yang dipilih sama ada melalui kaedah pemerhatian, temuduga dan pengedaran borang soal selidik. Ujian untuk penganalisaan data adalah
menggunakan program Statistical Package for Social Science 7.5 for Window (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa (a) Penyesuaian aktiviti sebagai mekanisme keberkesanan peningkatan prestasi. (b) Persepsi pelajar yang menjurus ke arah pemilihan program Diploma Pentadbiran Awam. (c) Pengaruh persekitaran terhadap pencapaian prestasi akademik pelajar. (d) Kepelbagaian teknik pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah penentu ke arah pencapaian prestasi akademik pelajar. |
---|