Cadangan merekabentuk dalaman pejabat Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd di Lot 25, Premis No 1. Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor / Zulaffendi Jamalludin
Dato' Hj. Hussamuddin bin Hj. Yaacub, merupakan pengasas dan juga pengarah urusan bagi Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB). Atas hasrat beliau yang mahukan syarikat penerbitannya terkenal di rantau Asia Tenggara dan memenuhi tahap piawaian kualiti antarabangsa, serta keinginan beliau untuk mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62534/2/62534.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62534/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dato' Hj. Hussamuddin bin Hj. Yaacub, merupakan pengasas dan juga pengarah urusan bagi Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB). Atas hasrat beliau yang mahukan syarikat penerbitannya terkenal di rantau Asia Tenggara dan memenuhi tahap piawaian kualiti antarabangsa, serta keinginan beliau untuk memperbesarkan empayar yang sedia ada.beliau telah membeli sebuah bangunan baru. Bangunan tersebut terletak bersebelahan dengan bangunan KKSB yang sedia ada kini, telah dibeli pada awal tahun 2007. Tujuan kajian ini dilakukan, adalah untuk menganalisis projek akhir Program Diploma Rekabentuk Dalaman iaitu cadangan merekabentuk ruang dalaman pejabat yang baru bagi KKSB. Pelbagai kaedah telah dibuat sepanjang melakukan proses kajian ini. Antara kajian yang dilakukan adalah, berkaitan dengan keadaan bangunan tersebut dan juga bangunan-bangunan lain yang telah dijadikan sebagai contoh dan juga kajian kes. Antara aspek kajian yang telah dilakukan ialah kajian tapak bangunan dari struktur asas bangunan sehinggalah keadaan keseluruhan bangunan tersebut. Kajian keadaan pada persekitaran bangunan juga dilakukan dan dikenalpasti. Setiap permasalahan yang sedang, mungkin dan akan timbul juga telah dikaji. Rekabentuk ruang dalaman pejabat KKSB yang baru, akan dibuat dalam aspek perancangan ruang, pembentukan imej dan gaya yang ingin diketengahkan berdasarkan konsep yang diutarakan serta garis panduan yang diberikan. |
---|