Mitos kesihatan / Dr. Mohamad Hasif Jaafar and Dr. Mohd Kamel Mat Salleh

Masyarakat Malaysia amat terkenal dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan tabiat atau amalan buruk dalam kehidupan seharian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mitos ialah cerita tentang seseorang atau sesuatu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jaafar, Mohamad Hasif (Dr.), Mat Salleh, Mohd Kamel (Dr.)
Format: Monograph
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61983/1/61983.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61983/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Malaysia amat terkenal dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan tabiat atau amalan buruk dalam kehidupan seharian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mitos ialah cerita tentang seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau direka-reka atau didongengkan. Terdapat banyak mitos berkaitan dengan perubatan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mitos mengenai tidak makan ubat tahan sakit kerana risau rosak buah pinggang. Bukan semua ubat tahan sakit akan memberi kesan yang buruk terhadap buah pinggang. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang merupakan ubat tahan sakit yang biasa digunakan memang boleh mengurangkan aliran darah kepada buah pinggang, tetapi ia akan merosakkan buah pinggang jika digunakan dalam tempoh yang terlalu lama atau mengambil dos yang berlebihan. Jika diambil mengikut dos yang dipreskrip oleh doktor, ia tidak akan menjejaskan buah pinggang anda.