Keberkesanan taska dalam pendidikan awal kanak kanak kajian kes di Kawasan Kuching / Ahmad Iskandar … [et.al.].

Kajian ini adalah berkenaan dengan keberkesanan taska dalam pendidikan awal kanak kanak dan ianya dapat dilihat dalam konteks untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak disamping membantu perkembangan anak-anak dari segi mental, fizikal dan rohani. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Iskandar, Ahmad, Tiru, Angela Kate, Puah, Nortina, Numpang, Randi, Mahdar, Siti Mariam
Format: Student Project
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61185/1/61185.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61185/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah berkenaan dengan keberkesanan taska dalam pendidikan awal kanak kanak dan ianya dapat dilihat dalam konteks untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak disamping membantu perkembangan anak-anak dari segi mental, fizikal dan rohani. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji fungsi, peranan, mengenalpasti keupayaan, perbezaan serta mencadangkan langkah-langkah yang berkesan berkenaan dengan mengembangkan lagi peranan taska serta keberkesanannya. Dengan memfokuskan kepada elemen-elemen penting, ia dapat membantu dalam memahami dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Sampel kajian adalah terdiri daripada 80 orang responden yang dipilih secara berkelompok daripada sepuluh buah taska dari empat kategori kawasan di sekitar Kuching. Penyelidikan ini dijalankan dengan mendapat maklumbalas melalui soalan kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden iaitu yang terdiri daripada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden yang menghantar anak-anak mereka ke taska adalah ibubapa yang bekerja dan tiada mempunyai pengasuh di rumah. Daripada penemuan ini juga dapat diketahui kebanyakkan anak-anak yang dihantar ke taska mengalami perubahan dan perkembangan yang positif. Dengan ini juga dapat dibuktikan bahawa taska telah melaksanakan peranan mereka dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak dengan berkesan.