The Truth Untold / Yasmin
Dalam karya saya yang berkonsepkan semi-realism, saya menggambarkan figura di dalam lukisan tersebut sebagai ‘The Truth Untold’. Setiap seorang dari kita di dunia ini adalah pengarah dan pelakon di dunia kita sendiri. Kita sendiri yang akan mengarah, seterusnya akan melakonkan watak yang terlahir da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Art and Design
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58591/1/58591.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58591/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam karya saya yang berkonsepkan semi-realism, saya menggambarkan figura di dalam lukisan tersebut sebagai ‘The Truth Untold’. Setiap seorang dari kita di dunia ini adalah pengarah dan pelakon di dunia kita sendiri. Kita sendiri yang akan mengarah, seterusnya akan melakonkan watak yang terlahir dari pemikiran yang kita cipta. Disebabkan itu, di dunia nyata ini, kita dapat melihat pelbagai watak di sekeliling kita samada yang kita mampu fahami sekaligus mencapai persefahaman yang sangat utuh, sehinggalah watak yang jauh dari jangkauan pemikiran kita sekaligus meninggalkan kesan yang jelik di hati kita. Kenapa tidak? Diri kita belum tentu difahami oleh mereka-mereka di luar sana. Mungkin lebih dahsyat, kita sendiri tidak mampu memahami diri sendiri.
Figura dalam karya saya ini dipilih disebabkan saya tertarik dengan gaya bahasa badan yang ditunjukkan. Selain itu, pencahayaan yang terperinci menjadikan seluruh gambar membawa mood yang unik dan tersendiri. Riak wajah yang bersahaja dan santai oleh figura tersebut memberi maksud tersirat, abstrak dan subjektif yang boleh digambarkan dengan cara berbeza dari sejuta sudut, sejuta mata dan sejuta pemikiran. Apakah yang ada dalam fikirannya? Apakah yang diinginkan? Siapakah yang sedang berlegar di mindanya? Atas faktor apakah dia berada sendirian ketika itu? Tiada siapa yang mampu menjawab melainkan dia. |
---|