Teori "Color Symbolism" didalam filem animasi Pendek Kembali / Mohd Haziq Kasim

Teori Wama merupakan salah satu aspek terpenting dalam menghasilkan sesebuah filem terutamanya didalam filem animasi. lni kerana sesebuah wama itu memiliki maksud­ maksudnya yang tersendiri mengikut dari hasil kajian yang telah dirumuskan oleh sesetengah pengkaji. Teori Wama yang dikemukakan oleh pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kasim, Mohd Haziq
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56196/1/56196.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56196/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teori Wama merupakan salah satu aspek terpenting dalam menghasilkan sesebuah filem terutamanya didalam filem animasi. lni kerana sesebuah wama itu memiliki maksud­ maksudnya yang tersendiri mengikut dari hasil kajian yang telah dirumuskan oleh sesetengah pengkaji. Teori Wama yang dikemukakan oleh para pengkaji ini juga kadang kala dilihat berbeza-beza diantara satu sama lain. Perkara ini berlaku akibat daripada sumber rujukan atau \ hasil kajian yang dibuat terhadap sesebuah subjek adalah tidak sama. Sebagai contoh, jika diamati dari sudut pengertian sesebuah wama diantara wama psikologi dan wama kerohanian adalah berbeza. Melalui sudut teori wama simbolisme yang kemukakan oleh Portal, simbol wama yang dikemukakan oleh beliau lebih kepada wama yang berunsur kerohanian manakala dari sudut kajian wama yang dikemukakan, oleh Judy Scott Kemmis pula, ianya lebih menerangkan dari sudut psikologi. Oleh itu, adalah wajar sekiranya penulis memilih teori yang dikemukakan oleh Portal kerana naratif yang dihasilkan melalui filem animasi pendek Kembali memiliki unsur-unsur kerohanian. Antara tujuan kajian ini dihasilkan pula adalah untuk mengkaji serta mengenali tentang kepentingan dan penggunaan wama simbolisme di dalam membantu mempengaruhi serta memahami jalan penceritaan dalam filem animasi pendek "Kembali". Seperti yang telah dinyatakan oleh penulis sebentar tadi, kajian ini juga dibuat berdasarkan teori Wama Simbolisme yang telah dikemukakan oleh Portal. Penulis juga cuba untuk mengetengahkan kajian ini kerana difahamkan bahawa wama mempunyai simbol yang sangat unik dari sudut pengertian didalam sesebuah budaya mahupun masyarakat.