Nilai dan agama dalam modenisasi: kajian kes Felda / Mohd Zufri Mamat, Ezwan Arman Noor Kamar dan Mohd Hazim Shah Abdul Murad
Perbincangan berkisar tentang hubungan modenisasi antara aspek fizikal dan ekonomi dengan modenisasi daripada aspek nilai dalam usaha untuk memahami bentuk dan ciri modenisasi yang berlaku dalam masyarakat peneroka. Matlamat perbincangan dalam kertaskerja ini antara lain adalah sebagai respons kepad...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Administrative Science and Policy Studies
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55357/1/55357.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55357/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perbincangan berkisar tentang hubungan modenisasi antara aspek fizikal dan ekonomi dengan modenisasi daripada aspek nilai dalam usaha untuk memahami bentuk dan ciri modenisasi yang berlaku dalam masyarakat peneroka. Matlamat perbincangan dalam kertaskerja ini antara lain adalah sebagai respons kepada fahaman modenisasi konvensional misalnya oleh Weber yang mengatakan bahawa modenisasi adalah satu proses yang seragam melibatkan perubahan masyarakat dalam kesemua aspek; fizikal, ekonomi dan nilai. Walau bagaimanapun, konsep ‘multiple modernities’ mengambil pandangan yang bertentangan dengan menganjurkan bahawa modenisasi boleh mengambil bentuk dan ciri berbeza dalam masyarakat berbeza. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui temubual dengan peneroka dan pegawai Felda serta kajiselidik yang diedarkan kepada peneroka. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan respons normatif daripada peneroka dan pegawai Felda. Akhir sekali, didapati bahawa modenisasi yang dialami oleh masyarakat peneroka adalah bersifat ‘instrumental’ dan memenuhi sebahagian daripada ciri-ciri aspek nilai. Kajian ini menyimpulkan bahawa modenisasi masyarakat Melayu mengambil bentuk dan ciri yang tersendiri dan tidak boleh diterangkan menggunakan model modenisasi seperti yang berlaku di Barat. |
---|