Pembangunan keusahawanan asnaf berdasarkan kerangka NLP: satu kajian awal / Abd Latif Abdul Rahman … [et al.]
Modul membina asnaf menjadi usahawan (MAJU) adalah merupakan cadangan sillibus kepada latihan kemahiran yang disusun secara sistematik dan berstrategi untuk transformasikan asnaf kepada usahawan berjaya tanpa mengira perbezaan pendidikan, umur, bangsa, lokasi dan tenaga pengajar. Objektif kajian ini...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UiTM Cawangan Kedah
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55308/1/55308.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55308/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Modul membina asnaf menjadi usahawan (MAJU) adalah merupakan cadangan sillibus kepada latihan kemahiran yang disusun secara sistematik dan berstrategi untuk transformasikan asnaf kepada usahawan berjaya tanpa mengira perbezaan pendidikan, umur, bangsa, lokasi dan tenaga pengajar. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan kebolehgunaan teknik Neuro-linguistic Programming (NLP) dalam aspek pembangunan keusahawanan asnaf. Sampel kajian ialah modul yang terdiri daripada tujuh (7) peserta dan pengajar modul kemahiran usahawan kek dan pastri. Sehubungan itu, kerangka ontologi adalah dirujuk sebagai kerangka struktur yang terdiri daripada konstruk, model, kaedah dan instansi yang menyumbang kepada teori yang lebih baik. Manakala teknologi kejayaan NLP adalah akronim kepada “Pemprograman Neuro Lingustik” iaitu satu meta program teknologi kejayaan yang menggunakan potensi otak sedar dan tanpa sedar melalui kaedah bahasa Neuro dalaman manusia bagi mencapai matlamat yang disasarkan sebagai usahawan. Mod sepanjang hayat pula merujuk kepada
kursus pembelajaran sepanjang hayat, ataupun juga disebut kursus jangka pendek yang boleh diiikuti oleh semua lapisan masyarakat tanpa tertakluk kepada kelulusan akademik. Cadangan hasil penyelidikan adalah untuk menghasilkan ontologi perkaitan antara kaedah-kaedah NLP yang dapat membangunkan asnaf kepada usahawan yang berjaya. |
---|