Politik pengukuran prestasi dalam sektor awam: Perspektif ketua jabatan / Ahmad Faiz Yaakob and Mohammad Bastyian Mahmud
Fokus kajian ini meninjau kesan daripada satu pembaharuan pentadbiran yang agak jelas berlaku dalam sektor awam Malaysia sejak awal 1990an dan semakin ketara sehingga ke hari ini iaitu pengurusan awam. Satu daripada idea pengurusan awam baru ini ialah ia menekankan kepada pengukuran, berlaku apabila...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54562/1/54562.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54562/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fokus kajian ini meninjau kesan daripada satu pembaharuan pentadbiran yang agak jelas berlaku dalam sektor awam Malaysia sejak awal 1990an dan semakin ketara sehingga ke hari ini iaitu pengurusan awam. Satu daripada idea pengurusan awam baru ini ialah ia menekankan kepada pengukuran, berlaku apabila pendekatan sebelumnnya iaitu pentadbiran awam tradisional kurang menumpukan kepada aspek pengukuran disebabkan penekanan lebih terhadap aspek input dan proses (kakitangan, latihan, peruntukan, pembahagian tugasan). Perlu dingatkan juga pertama, evolusi yang berlaku berubah mengikut keadaan semasa dan tuntutan zaman dan kedua, ianya adalah western-centric, yang mana pendekatannya bersesuaian dengan suasana politik, ekonomi dan sosial di barat (Haque 1998). Di Britain iaitu pada penghujung 1970an, di bawah kepimpinan Margaret Thacther, antara perintis awal yang memulakan gerakan berasaskan pengukuran telah menggesa sektor awam Briatin dipulihkan memandangkan keadaan sektor awam sejak beberapa tahun kebelakangan itu dilihat semakin lembab dan tidak bermaya. Antara lain satu persoalan yang besar dibangkitkan, benar, sektor awam selama ini telah melaksanakan peranannya, namun adakah benar-benar ia mencapai apa yang dicita-citakan, adakah selama tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam, benar-benar yang disepatutnya dilakukan? Benar, selama ini jabatan kerajaan telah membelanjakan peruntukannya, tetapi apa sebenarnya dibelanjakan, adakah ianya dibelanjakan berbaloi, dan berhemah! Jelas sekali kesemua persoalan ini menjurus kepada perlukan kepada pengukuran. |
---|