Konsep hifz al-bi’ah dalam pengurusan risiko bencana alam: satu sorotan awal / Muhammad Hilmi Mat Johar … [et al.]

Fenomena bencana alam merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang melanda seluruh pelusuk bumi sama ada di kawasan yang mendatar, landai mahupun di cerun. Bencana alam yang berlaku boleh meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar. Dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Johar, Muhammad Hilmi, Meerangani, Khairul Azhar, Suyurno, S Salahudin, Badhrulhisham, Adam
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54249/1/54249.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54249/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena bencana alam merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang melanda seluruh pelusuk bumi sama ada di kawasan yang mendatar, landai mahupun di cerun. Bencana alam yang berlaku boleh meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar. Dalam hal ini, Islam telah menyediakan pelbagai panduan berhubung tatacara pengurusan alam sekitar yang komprehensif dan lestari. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau implementasi konsep hifz al-bi’ah dalam pengurusan risiko bencana alam. Kajian dilakukan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap data kepustakaan klasik dan kontemporari serta laporan-laporan berkaitan bencana alam di Malaysia. Konsep hifz al-bi’ah merupakan antara matlamat penting bagi merealisasikan al-daruriyyat al-khams dalam pengurusan alam sekitar. Pengurusan risiko bencana alam berpandukan teori ini bersifat holistik dan komprehensif dengan penekanan bukan sahaja terhadap unsur fizikal dan material, bahkan turut memfokuskan aspek spiritual bagi memastikan kelestarian sumber alam selain meminimumkan risiko bencana alam terhadap manusia.