Jawi peranakan: status dan peranannya dalam membudayakan ekonomi melayu / Hamidah Jalani … [et al.]
Pembukaan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan dan pengiktirafannya sebagai sebuah bandar kosmopolitan telah mendorong penghijrahan pendatang-pedagang ke Tanah Melayu. Di samping polisi yang diterapkan oleh pihak Inggeris sebagai Negeri-Negeri Selat dan ‘bebas’ dari naungan raja-raja Melayu menjadi...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54244/1/54244.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54244/ https://www.ishec2021.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembukaan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan dan pengiktirafannya sebagai sebuah bandar kosmopolitan telah mendorong penghijrahan pendatang-pedagang ke Tanah Melayu. Di samping polisi yang diterapkan oleh pihak Inggeris sebagai Negeri-Negeri Selat dan ‘bebas’ dari naungan raja-raja Melayu menjadikan Pulau Pinang bebas membangun mengikut kehendak Inggeris. Statusnya sebagai bandar yang maju dan moden membuka peluang dan tarikan kepada pedagang dari gugusan kepulauan Melayu, Cina, India, Arab dan Eropah berhijrah ke pulau ini. Impak penghijrahan dan proses asimilasi telah membentuk satu keturunan baharu yang dikenali sebagai ‘Jawi Peranakan’ atau ‘Jawi Pekan’. Walaupun pengkajian mengenai golongan ini telah sekian lama diperbahas, namun isu Melayu dan kemelayuan masih dibincangkan. Adakah golongan ini diiktiraf sebagai sebahagian dari Melayu atau dikenali sebagai ‘pendatang’ seperti diperkatakan dalam membincangkan peranan dan status golongan migrasi yang berhijrah ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Batasan kajian hanya meliputi negeri Pulau Pinang kerana negeri ini menjadi batu loncatan kepada pendatang dan pedagang untuk berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia. Melalui kajian ini, penulis menggunakan metod analisa data dengan mengumpul dan menjalankan kajian perpustakaan bagi menjelaskan status dan peranan mereka dalam pembangunan negara. Hasil kajian mendapati, kewujudan Jawi Peranakan dalam pembangunan negara masih wujud dengan watak sebagai Melayu dan Jawi Peranakan. |
---|