Peranan kaedah-kaedah fiqhiyyah sebagai elemen istidlal dalam isu darurah / Ahmad Murshidi Mustapha dan Noraini Junoh
Perkembangan yang berlaku dalam persekitaran kehidupan manusia merupakan antara faktor timbulnya banyak permasalahan baru sehingga menyukarkan umat Islam untuk melaksanakan tuntutan tanggungjawab dengan sempurna. Situasi yang tidak memungkinkan seorang mukalaf menjalankan taklif syarak sebagaimana...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54215/1/54215.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54215/ https://www.ishec2021.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan yang berlaku dalam persekitaran kehidupan manusia merupakan antara faktor timbulnya banyak permasalahan baru sehingga menyukarkan umat Islam untuk melaksanakan
tuntutan tanggungjawab dengan sempurna. Situasi yang tidak memungkinkan seorang mukalaf menjalankan taklif syarak sebagaimana yang diperintahkan, memerlukan mereka untuk memilih antara dua perkara yang saling bertentangan seperti larangan memakan bangkai dan tuntutan memelihara nyawa. Keadaan darurah seperti ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan yang memerlukan kepada pertimbangan kemaslahatan dan kemudaratan. Justeru, artikel ini akan menjelaskan konsep darurah dalam perbahasan para ulama dan seterusnya menganalisis kaedah-kaedah fiqhiyyah sebagai elemen istidlal hukum yang berkaitan darurah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan. Manakala metode pengumpulan data menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data-data dan maklumat yang dikumpul kemudiannya dianalisis dengan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam pendefinisian darurah terutamanya oleh ulama silam dan kontemporari. Hal ini membawa kepada perbezaan ukuran yang diletakkan dalam menilai situasi itu sama ada ia boleh dianggap sebagai situasi ḍarurah ataupun tidak. Namun, titik pertemuan yang jelas dalam kerangka konsep ini ialah sesuatu itu dianggap sebagai situasi darurah apabila ia mengancam maslahah atau maqasid yang daruri. Secara umumnya, definisi yang dikemukakan oleh ulama kontemporari melengkapkan lagi definisi ulama silam dengan memasukkan elemen-elemen daruriyyat yang utama, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Selain itu juga, terdapat 14 kaedah fiqhiyyah yang berkaitan darurah yang menjadi elemen istidlal para ulama sama ada sebagai dalil utama atau dalil sokongan. Kedudukan kaedah-kaedah fiqhiyyah tersebut perlu diketahui fungsi dan kekuatannya dalam istidlal agar natijah hukum yang dikeluarkan tepat dan bersesuaian. |
---|