Konsep mimesis dalam seni Melayu / Arba’iyah Ab. Aziz

Orang Melayu telah sekian lama menggunakan sumber alam bagi memenuhi keperluan asas seharian mereka. Selain menjadikan bahan pemakanan, perubatan, dan peralatan, alam turut dijadikan sumber atau asas inspirasi dalam memperkembangkan seni orang Melayu. Bermula dari pengamatan, penaakulan ditanggapi s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Aziz, Arba’iyah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50967/1/50967.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50967/
https://melaka.uitm.edu.my/ijad/index.php/current-paper/volume-2-november-2024
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Orang Melayu telah sekian lama menggunakan sumber alam bagi memenuhi keperluan asas seharian mereka. Selain menjadikan bahan pemakanan, perubatan, dan peralatan, alam turut dijadikan sumber atau asas inspirasi dalam memperkembangkan seni orang Melayu. Bermula dari pengamatan, penaakulan ditanggapi secara arif oleh orang Melayu. Oleh kerana kebanyakan mereka tinggal di kampung-kampung, justeru kehidupan sudah sebati dengan persekitaran desa seperti tumbuh-tumbuhan, dan elemen-elemen semula jadi yang pelbagai. Dipagari dengan konsep kampung halaman, mereka tidak menjadikan alam hanya sebagai memenuhi fungsi ekonomi dan sosial semata-mata tetapi turut mengisi ruang keseimbangan nilai etika,dan estetika bagi tujuan pembangunan seni budaya. Kertas kerja ini membicarakan mimesis atau konsep peniruan oleh para karyawan Melayu dalam penghasilan reka bentuk atau motif rekaan seni. Objektif kajian ini ialah untuk mendokumentasikan konsep mimesis ini dalam penghasilan motif-motif rekaan seni Melayu. Terdapat banyak reka bentuk seni dan motif-motif rekaan yang terhasil adalah bersumberkan alam semulajadi. Ia berlandaskan proses peniruan seperti yang terdapat pada motif-motif tenunan songket, anyaman, batik, ukiran kayu, telepuk dan lain-lain. Penelitian kajian ini adalah berlandaskan kepada kaedah obeservasi serta temubual dengan orang perseorangan dan tokoh-tokoh budayawan. Adalah diharapkan agar setiap penghasilan seni Melayu itu untuk terus dihayati, dan difahami sebagai seni warisan yang kaya dengan nilai dan falsafah tersendiri yang didukungi masyarakat dan budayanya. Intisari metodologi atau tatacara menjadikan alam sebagai sumber aspirasi dan inspirasi adalah khazanah seni yang akan terus mewarnai keutuhan serta kegemilangan seni Melayu sejagat.