Petunjuk idola (siri buku mewarna): pendidikan alternatif mempelajari Sunnah / Mohd Farhan Abd Rahman … [et al.]
Petunjuk Idola (Siri Buku Mewarna): Pendidikan Alternatif Mempelajari Sunnah merupakan satu kaedah pembelajaran sokongan kepada pelajar merangkumi prasekolah mahupun sekolah rendah bagi mata pelajaran agama membabitkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Inovasi ini mengetengahkan konsep “mudah” dan "cer...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Division of Research and Industry Linkages
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47953/1/47953.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47953/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Petunjuk Idola (Siri Buku Mewarna): Pendidikan Alternatif Mempelajari Sunnah merupakan satu kaedah pembelajaran sokongan kepada pelajar merangkumi prasekolah mahupun sekolah rendah bagi mata pelajaran agama membabitkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Inovasi ini mengetengahkan konsep “mudah” dan "ceria" bagi meningkatkan minat para pelajar dalam mempelajari Sunnah Rasulullah SAW seterusnya mengambil bahagian semasa sesi pembelajaran di sekolah. Inovasi ini menggunakan pendekatan jalan cerita melalui ilustrasi komik mengikut kesesuaian pemikiran dan pendidikan peiajar berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW; yang menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran di dalamnya. Objektif inovasi ini adalah untuk mencari kaedah alternatif untuk meningkatkan keseronokan proses pembelajaran di dalam kelas supaya peiajar dapat menguasai kemahiran asas seperti komunikasi, kreativiti, penyelesaian masaiah dan pembangunan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian yang berlandaskan Islam dengan cara yang mudah tetapi berkesan. Inovasi ini memainkan peranan yang penting bagi menyokong usaha Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. Justeru, pendekatan kontemporari yang santai dan ringan tetapi bermanfaat melalui ilustrasi komik dapat membantu perkembangan peiajar dari segi penguasaan kemahiran asas dan pembentukan nilai-nilai murni melalui pemantauan guru. |
---|