Kecekapan sosial, teknikal dan komunikasi dalam pembelajaran dalam talian di kalangan pelajar UiTM Cawangan Kelantan / Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad and Mohd Zuhdi Ismail

Pembelajaran secara maya (ODL) merupakan proses yang menjadi satu kemestian dalam era Covid19. Dalam keadaan ini, kefahaman terhadap kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dan hubungannya dengan pencapaian amat diperlukan. Antara faktor yang boleh merealisasikan kecemerlanga...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Yusoff, Muhammad Saiful Anuar, Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim, Ismail, Mohd Zuhdi
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2021
主題:
オンライン・アクセス:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46277/1/46277.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46277/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Pembelajaran secara maya (ODL) merupakan proses yang menjadi satu kemestian dalam era Covid19. Dalam keadaan ini, kefahaman terhadap kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dan hubungannya dengan pencapaian amat diperlukan. Antara faktor yang boleh merealisasikan kecemerlangan dalam pembelajaran adalah kecekapan teknikal, kecekapan sosial dengan pensyarah dan rakan dan kecekapan berkomunikasi. Walau bagaimanapun, kesan kesemua pemboleh ubah ini terhadap penguasaan bahasa Arab masih belum dibuktikan secara empirikal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pengaruh pemboleh ubah di atas terhadap penguasaan bahasa Arab selain daripada mengenal pasti faktor paling penting yang perlu diberi keutamaan melalui analisis IPMA. Sebanyak 220 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda UiTM Cawangan Kelantan dan 214 daripada soal selidik tersebut digunakan selepas dijalankan proses pembersihan data. Data yang diperolehi telah di analisis dengan menggunakan perisian SmartPLS 3.0. Hasil kajian menunjukkan faktor kecekapan sosial dengan pensyarah (β=0.328, t=3.796, p<0.01, f 2=0.082) dan kecekapan komunikasi (β=0.222, t=2.259, p<0.05, f 2=0.042) mempengaruhi secara positif penguasaan bahasa Arab. Kecekapan sosial dengan rakan dan kecekapan teknikal didapati tidak mempengaruhi penguasaan bahasa Arab. Hasil analisis IPMA pula menunjukkan bahawa kecekapan sosial dengan pensyarah merupakan faktor paling penting yang mempengaruhi penguasaan bahasa Arab. Penemuan ini dengan jelas membuktikan interaksi aktif dalam talian dengan pensyarah dan komunikasi yang aktif dalam pembelajaran dalam talian merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan seterusnya menjamin kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran