Reka corak batik kontemporari berinspirasikan sarung pelikat / Nur Shaliza Sapiai ... [et al.]

Sarung pelikat atau kain pelikat adalah pakaian yang amat sinonim dengan kaum lelaki Melayu dan kain ini telah dipakai secara meluas sejak zaman Kesultanan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke 15. Ia dipercayai berasal dari India dan masuk ke negara ini bersama-sama adat dan agama Hindu sebelum kedatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sapiai, Nur Shaliza, Awang, Junaidi, Abu Bakar, Roslina, Abdul Rahman, Firdaus, Abdul Rahman, Aida, Mohd Ghazali, Siti Aswani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44814/1/44814.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44814/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sarung pelikat atau kain pelikat adalah pakaian yang amat sinonim dengan kaum lelaki Melayu dan kain ini telah dipakai secara meluas sejak zaman Kesultanan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke 15. Ia dipercayai berasal dari India dan masuk ke negara ini bersama-sama adat dan agama Hindu sebelum kedatangan Islam atau ketika orang Melayu masih menganuti fahaman animisme. Kain pelikat atau sarung telah diguna masyarakat Melayu di Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menelusuri sejarah perdagangan di Melaka, kain putih yang mendasari bahan asas untuk membuat kain pelikat menjadi bahan dagangan yang utama di Melaka. Justeru, pelikat merupakan warisan sejarah yang sangat berharga. Warisan masyarakat Melayu ini mendominasi perkembangan fesyen tanah air. Kain batik yang bertemakan motif abstrak dirancang berdasarkan beberapa kaedah. Sebagai contoh, motif batik abstrak dihasilkan dengan memfokuskan dua kaedah, iaitu kajian berasaskan rujukan sebelumnya dan kajian lakaran secara visual yang dipraktikkan di studio. Berdasarkan cara pembuatan corak batik sarung pelikat, keunikan warna dan corak kain pelikat telah mencetuskan idea untuk diinspirasikannya di dalam karya batik ini. Ia juga dapat membawa identiti reka corak anak tempatan yang boleh dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa