Faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus profesional di universiti awam di Malaysia : tinjauan awal / Norbaizura Abu Bakar ... [et al.]

Hampir kesemua pelajar-pelajar peringkat menengah di Malaysia mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Ini telah dianggap sebagai satu jaminan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik satu hari nanti. Oleh itu, pemilihan kursus yang tepat adalah satu keputusan penting yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Norbaizura, Saberi, Mohd Hafiz, Faisol, Nasruddin, Mohd Derus, Mohmad, Ali, Suhaila, Md Dahlan, Farhan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43331/1/43331.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43331/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hampir kesemua pelajar-pelajar peringkat menengah di Malaysia mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Ini telah dianggap sebagai satu jaminan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik satu hari nanti. Oleh itu, pemilihan kursus yang tepat adalah satu keputusan penting yang perlu dilakukan untuk merelisasikan apa yang mereka impikan. Damun faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk memilih sesuatu kursus tersebut masih kurang jelas ditafsirkan sehingga kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor atau pola-pola yang mempengaruhi pelajar memilih kursus profesional di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Kajian menggunakan kaedah temubual sebagai instrument. 68 pelajar semester satu Program Diploma Ukur Bahan UiTM Perak dipilih secara rawak. Soalan yang diajukan berkisar mengenai apakah faktor yang mempengaruhi mereka memilih kursus yang diikuti sekarang. Semua jawapan daripada pelajar dikumpul dan dianalisa. Proses analisa data adalah dengan membuat pengkodan mengikut tema-tema utama. Pada peringkat kedua tema-tema utama ini dikumpulkan kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai makna yang hampir sama. Tema peringkat kedua ini dikumpulkan sekali lagi untuk mendapatkan tema akhir. Tema akhir ini akhirnya diangkat sebagai dapatan dan dibincangkan dengan lebih mendalam. Analisis daripada temubual bersama responden telah menghasilkan beberapa dapatan. Pengaruh daripada ahli keluarga terdekat, melakukan penyelidikan awal terhadap kursus, mempunya asas terhadap kursus, memilih kursus kerana ianya kursus teknikal, ditawarkan kursus oleh universiti tanpa memilih, memilih kursus tanpa ada latarbelakang, tidak layak untuk memohon kurus lain dan tidak mahu belajar di sekolah adalah patenpaten yang berjaya dijumpai di dalam proses analisis data. Kajian ini dapat membantu memberi manfaat dan sumbangan dari segi maklumat dan data kepada banyak pihak untuk menambahbaik kualiti graduan-graduan kursus profesional di Institut Pendidikan Tinggi Awam.