Kesan perubahan iklim terhadap keselesaan terma : isu dan cabaran di sekolah / Mohd Hairy Ibrahim ... [et al.]

Perubahan iklim dunia turut member kesan terhadap iklim bandar di Malaysia. Ini dikaitkan dengan pembangunan di kawasan Bandar yang berkembang pesat yang telah mempengaruhi iklim tempatan. Perubahan iklim mikro boleh menjejaskan persekitarannya seperti tumbuhan, manusia dan bangunan termasuk perseki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Mohd Hairy, Puteh, Marzita, Adnan, Mazlini, Che Ahmad, Che Nidzam, Mohamed Noh, Noraini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43030/1/43030.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43030/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubahan iklim dunia turut member kesan terhadap iklim bandar di Malaysia. Ini dikaitkan dengan pembangunan di kawasan Bandar yang berkembang pesat yang telah mempengaruhi iklim tempatan. Perubahan iklim mikro boleh menjejaskan persekitarannya seperti tumbuhan, manusia dan bangunan termasuk persekitaran luaran dan dalaman sekolah-sekolah. Kesan yang sering kali menjadi isu perbincangan ialah berlakunya ketidakselesaan terma. Walau bagaimanapun, kajian keselesaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah sangat terhad terutama bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Sehubungan itu, kertas kerja ini menjelaskan isu dan cabaran mengenai keselesaan terma di sekolah. Keselesaan terma ditakrifkan sebagai “bahawa keadaan akal fikiran, yang menyatakan berpuas hati dengan persekitaran haba” (Piawai ISO 7730 pada tahun 1994). Keselesaan terma dipengaruhi oleh haba, olakan haba, radiasi, dan penyerapan kehilangan haba (kehilangan haba penyejatan) dan mengekalkan haba yang dihasilkan oleh metabolism manusia yang boleh dikeluarkan. Ini akan mengekalkan keseimbangan haba dengan persekitaran. Sebarang penambahan atau kehilangan di luar julat ini, haba akan menyebabkan ketidakselesaan. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan keselesaan terma boleh mempengaruhi penghuni di dalamnya.