Keperluan graduan statistik di sektor awam / Nazrina Aziz and Nazihah Ahmad
Pasaran kerja bagi pengamal statistik amat luas sama ada dalam sektor awam, perniagaan dan industri (Baylor, 1996) [8], Menyedari hakikat ini satu kajian telah dijalankan bagi meninjau sejauh mana keperluan graduan statistik di sektor awam. Kajian ini melibatkan 136 agensi-agensi awam yang telah dip...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42721/1/42721.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42721/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pasaran kerja bagi pengamal statistik amat luas sama ada dalam sektor awam, perniagaan dan industri (Baylor, 1996) [8], Menyedari hakikat ini satu kajian telah dijalankan bagi meninjau sejauh mana keperluan graduan statistik di sektor awam. Kajian ini melibatkan 136 agensi-agensi awam yang telah dipilih secara rawak. Kaedah utama dalam usaha pengkaji mendapatkan maklumat bagi kajian ini ialah pentadbiran soal selidik di kalangan majikan di sektor awam. Hasil kajian mendapati 41.9% daripada responden terlibat dengan sektor perkhidmatan diikuti dengan sektor pendidikan sebanyak 12.5%. Majoriti (64.0%) responden yang terlibat bersetuju menyatakan bahawa graduan statistik sesuai berkerja di organisasi mereka. Antara jawatan atau posisi yang dicadangkan responden adalah pengurusan organisasi, pengawalan kualiti, penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya. Ujian ketakbersandaran dijalankan bagi meninjau sama ada bilangan staf mempengaruhi pengambilan graduan statistik sebagai pekerja. Hasil kajian menunjukkan bilangan staf tidak mempengaruhi pengambilan graduan sebagai pekeija (nilai p > 0.05). Ini menunjukkan bahawa saiz organisasi tidak memainkan peranan dalam pengambilan pekerja, oleh yang demikian graduan statistik mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas memandangkan semua organisasi tanpa mengira saiz menawarkan pekerjaan. Kebanyakan (92.7%) responden menyokong agar pengajian graduan statistik dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi daripada ijazah sarjana muda. Keputusan ini menunjukkan responden sedar akan keperluan dan kepentingan graduan statistik di organisasi. |
---|