Pendedahan dan tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar: Kajian kes di Universiti Utara Malaysia / Nazrina Aziz dan Abdul Razak Saleh

Pada abad ke 21 yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi, internet dilihat sebagai salah satu daripada saluran perolehan sumber maklumat yang dapat dikongsi oleh komuniti dunia. Perkembangan internet yang begitu pantas dan pesat memerlukan generasi kini mengorak langkah agar seiring dan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aziz, Nazrina, Saleh, Abdul Razak
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42715/1/42715.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42715/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada abad ke 21 yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi, internet dilihat sebagai salah satu daripada saluran perolehan sumber maklumat yang dapat dikongsi oleh komuniti dunia. Perkembangan internet yang begitu pantas dan pesat memerlukan generasi kini mengorak langkah agar seiring dan dapat sama-sama bersaing dalam dunia informasi tanpa sempadan. Sehubungan itu kajian ini telah dijalankan bagi meninjau pendedahan dan tujuan penggunaan internet dikalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soalselidik. Sejumlah 443 orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden yang terlibat merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Basil kajian mendapati majoriti (67.1%) responden mula menggunakan kemudahan internet sejak berada di alam persekolahan lagi. Sebanyak 20.8% daripada responden menggunakan kemudahan ini ketika mengikuti kursus kompnter manakala 10.4% daripada responden mula menggunakannya ketika mengambil kursus di peringkat sijil/Diploma. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa hampir kcseluruhan responden terdedah dan mula menggunakan internet sebelum memasuki IPT lagi. Kebanyakan (56.0%) responden mengenali internet melalui media. Dari aspek penggunaan internet didapati responden menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Lebih dari 80.0% responden yang sentiasa menggunakan internet untuk mcndapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan tugasan. Responden juga gemar menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran, 80.0% daripada responden memberikan reaksi positif bahawa internet merupakan sumber yang sentiasa digunakan untuk tujuan ini. Sebanyak 51.7% daripada responden menggunakan internet untuk mengetahui hal chwal scmasa. Internet juga dijadikan sebagai alternatif untuk mendapatkan hiburan dan maklumat (41.1%). Responden tidak gemar menggunakan internet bagi tujuan membeli-belah, hanya 3.8% daripada responden kajian yang menggunakan sumber internet bagi tujuan ini. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada responden menerima dan menggunakan internet secara positif.