Gardening Consultancy / Nazarul Mustafa … [et al.]
Dewasa ini, kepesatan pembangunan telah mengakibatkan orang ramai berpindah ke bandar dan mempunyai rumah sendiri. Oleh itu banyak rumah-rumah dibina untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Namun bukan rumah baru sahaja yang disyorkan untuk diindahkan tetapi rumah-rumah yang telah d...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Entrepreneurship Project |
Language: | English |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41527/1/41527.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41527/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dewasa ini, kepesatan pembangunan telah mengakibatkan orang ramai berpindah ke bandar dan mempunyai rumah sendiri. Oleh itu banyak rumah-rumah dibina untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Namun bukan rumah baru sahaja yang disyorkan untuk diindahkan tetapi rumah-rumah yang telah diduduki selama bertahun-tahun juga perlu dicantikkan. Kegawatan di tempat kerja, kepenatan, kekusutan dan masalah di tempat kerja atau harian dapat dihilangkan dengan menikmati udara segar serta pemandangan cantik di rumah sendiri. Justeru itulah kami mencadangkan agar satu perniagaan yang berkonsepkan bunga dan tumbuhan iaitu Gardening Consultancy ditubuhkan untuk menekankan peri pentingnya kedamaian dan keindahan sesuai dengan konsep ‘Rumahku Syurgaku” Gardening Consultancy adalah sebuah pemiagaan yang menyediakan perkhidmatan perundingan penghijauan, taman bunga di halaman rumah berserta binaan batu sebagai perhiasan yang tertumpu terutamanya di taman-taman perumahan. Perniagaan ini mempunyai prospek yang luas dan potensi untuk berkembang. Ini juga selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan kehijauan dikekalkan terutamanya terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kami juga yakin bahawa perniagaan yang kami cadangkan ini berdaya maju dan ianya merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan diri untuk memelihara alam sekitar. Walaupun perniagaan ini mempunyai persaingan namun itu adalah lumrah dan adat berniaga yang harus ditempuhi kelak. Sebagai seorang usahawan kami bersifat innovatif dan sanggup mengalami risiko jika kami mengalami kerugian sekalipun kerana tumbuhan perlu dalam keselesaan hidup kita. |
---|