Pelaporan akauntabiliti di laman sesawang pihak berkuasa tempatan: Satu perbandingan di negeri- negeri pantai timur Malaysia / Lily Mazlifa Mustafa …[et al.]

Pelaporan akauntabiliti merupakan satu kaedah komunikasi di antara pihak berkuasa tempatan (PBY) dan orang awam. Secara khusus, pelaporan akauntabiliti dilaksanakan melalui pelaporan maklumat kewangan. Pelaporan maklumat kewangan adalah penting bagi membolehkan pembayar cukai menilai prestasi PBT...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Lily Mazlifa, Wan Abdul Rahman, Nor Hawani, Jamaluddin, Sabariah, Yusop, Yuzainizam, Solat, Naliza
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40654/1/40654.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40654/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaporan akauntabiliti merupakan satu kaedah komunikasi di antara pihak berkuasa tempatan (PBY) dan orang awam. Secara khusus, pelaporan akauntabiliti dilaksanakan melalui pelaporan maklumat kewangan. Pelaporan maklumat kewangan adalah penting bagi membolehkan pembayar cukai menilai prestasi PBT terhadap dana yang diperolehi daripada orang awam. Dalam aspek ini, medium komunikasi yang digunakan haruslah berkesan dalam menyalurkan maklumat kewangan kepada orang awam. Kajian ini secara khususnya menjurus kepada pelaporan maklumat kewangan oleh PBT di laman sesawang rasmi. Data untuk tujuan kajian diperolehi dengan merujuk kepada pendedahan maklumat kewangan. Pelaporan maklumat kewangan digunakan sebagai asas kepada akauntabi!iti PBT Manakala, medium internet pula dilihat sebagai alat untuk PBT menjadi lebih telus kepada orang awam dalam menyampaikan maklumat kewangan. Instrumen untuk pengumpulan data dibangunkan melalui dapatan-dapatan kajian lalu. Secara ringkas terdapat 16 jenis maklumat kewangan yang menjadi asas kepada kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua PBT di negeri- negeri Pantai Timur Malaysia mempunyai laman sesawang rasmi. Namun begitu, penggunaan internet sebagai medium untuk melaporkan akauntabiliti pihak PBT masih di tahap yang rendah. Ini kerana hanya 13% daripada PBT di negeri- negeri Pantai Timur Malaysia melaporkan maklumat kewangan di internet. Pelaporan' akauntabiliti yang rendah ini mungkin dapat dijustijikasikan oleh ketiadaan sebarang bentuk kehendak statutori terutamanya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk melaporkan maklumat kewangan di laman sesawang