Keli Aquatic Farm / Fadzli Mohd Idris … [et al.]

Projek Rancangan Perniagaan ini adalah merupakan rancangan bersama untuk menubuhkan satu perusahaan temakan ikan keli yang pada masa sekarang ini mempunyai permintaan yang semakin menggalakkan dari masyarakat di sekitar Melaka dan Muar. Perniagaan kami menjalankan kegiatan mentemak ikan keli secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Idris, Fadzli, Zahari, Noradela, Mohd Hasan, Nazrullah, Musa, Norshamsara, Khamis, Mohd Nor, Abd. Aziz, Aizam Nazir
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40283/1/40283.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40283/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Rancangan Perniagaan ini adalah merupakan rancangan bersama untuk menubuhkan satu perusahaan temakan ikan keli yang pada masa sekarang ini mempunyai permintaan yang semakin menggalakkan dari masyarakat di sekitar Melaka dan Muar. Perniagaan kami menjalankan kegiatan mentemak ikan keli secara komersial dan merupakan syarikat hak milik penuh Bumiputera. Pemiagaan kami adalah berbentuk perkongsian. Lokasinya ialah di Kampung Sebatu, 77300 Merlimau, Melaka dan kami telah menamakan syarikat kami sebagai Keli Aquatic Farm yang menjalankan aktiviti mentemak dan memasarkan ikan keli. Kami telah memilih ikan keli kerana permintaan terhadap ikan ini dari apa yang telah kami kaji dengan teliti. Timbulnya idea untuk menjalankan pemiagaan ini adalah di sebabkan hasil penelitian bahawa bidang pemiagaan ini di kawasan Melaka dan Muar adalah kurang terutama dikalangan Bumiputera sendiri. Ikan ini berupaya untuk hidup di dalam pelbagai keadaan dan mutu air. la hanya memerlukan kawasan temakan yang kecil untuk ditemak dan boleh di stok lebih padat dari kebanyakan spesies ikan yang lain. la boleh hidup di atas darat untuk beberapa jam atau di dalam air yang rendah kandungan oksigen terlarut kerana ia mempunyai organ arboresen yang membolehkannya bernafas selagi alat pemafasannya masih lembab. Di sebabkan kurangnya penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang ini maka kami berharap agar kami dapat menjamin pembekalan ikan keli yang berterusan di pasaran. Maka dengan ini adalah menjadi dasar pemiagaan kami iaitu Keli Aquatic Farm ditubuhkan untuk mengembangkan dan meningkatkan perusahaan ikan keli di kalangan Bumiputera bagi memenuhi permintaan masyarakat sekitar yang semakin meningkat. Keli Aquatic Farm di jangka akan memulakan operasinya pada bulan Januari 2002.