Pencirian dan potensi sisa pepejal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dikitar semula / Zulhafizal Othman … [et al.]

Kajian ini dijalankan untuk menentukan ciri dan potensi sisa pepejal yang terjana di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dikitar semula. Terdapat beberapa parameter ciri-ciri sisa pepejal yang dikenalpasti dalam kajian ini. Antara parameter-parameter yang dikenalpasti adalah komposisi sisa pepejal,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Zulhafizal, Muhamad, Noor Safwan, Osman, Nur Masyitah, Mohd Latib, Farah Wahida
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39917/1/39917.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39917/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan ciri dan potensi sisa pepejal yang terjana di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dikitar semula. Terdapat beberapa parameter ciri-ciri sisa pepejal yang dikenalpasti dalam kajian ini. Antara parameter-parameter yang dikenalpasti adalah komposisi sisa pepejal, kandungan kelembapan sisa pepejal, ketumpatan sisa pepejal terjana, nilai pH bagi sisa organik dan nisbah CIN. Dalam menentukan komposisi sisa pepejal yang terjana, ujikaji komposisi dilakukan di tapak kajian selama satu minggu. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepelbagaian komposisi sisa pepejal terjana. Berdasarkan keputusan komposisi sisa pepejal terjana menunjukkan bahawa sisa makanan terjana sebanyak 37 % diikuti pula dengan sisa kertas iaitu 21 % daripada jumlah berat keseluruhan. Sisa-sisa pepejal ini juga telah dibahagikan mengikut potensi kitar semula. Setelah ujikaji pencirian sisa pepejal dilakukan. sebanyak 315 kg sisa pepejal boleh dikitar semula. Hasil ujikaji makmal yang dilakukan menunjukkan nilai kandungan kelembapan sisa makanan menunjukkan peratusan tertinggi dimana sebanyak 30.5 % manakala diikuti polisterin iaitu 25 % daripada jumlah berat keseluruhan. Keputusan ujikaji ketumpatan yang diperolehi adalah 563.27 kg/m3. Nilai pH bagi sisa organik pula menunjukkan purata nilai pH adalah 5.41 dan keputusan nisbah C/N yang diperolehi selepas dilakukan ujikaji makmal menunjukkan bacaan nisbah sebanyak 7.04: 1. Secara keseluruhan. sisa pepejal yang berpotensi dikitar semula adalah 26% atau 315 kg dalam sehari.