Hasis Enterprise (Penternakan Udang Galah) / Hassan Abd Rahman Tan… [et al.]
Seperti mana yang kita tahu, kawasan sawah padi di kebanyakan tempat terutamanya di Negeri Sembilan terbiar dan tidak diusahakan. Ini mungkin disebabkan oleh penghijrahan anak-anak muda ke kawasan bandar untuk menceburkan diri dalam sektor perkilangan yang memberi pendapatan yang lebih lumayan. Oleh...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Entrepreneurship Project |
Language: | English |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38813/1/38813.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38813/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Seperti mana yang kita tahu, kawasan sawah padi di kebanyakan tempat terutamanya di Negeri Sembilan terbiar dan tidak diusahakan. Ini mungkin disebabkan oleh penghijrahan anak-anak muda ke kawasan bandar untuk menceburkan diri dalam sektor perkilangan yang memberi pendapatan yang lebih lumayan. Oleh itu, golongan tua sudah tidak mampu untuk mengusahakannya.
Tanah sawah yang terbiar dan luas adalah satu aset yang sangat bernilai jika ianya dapat diusahakan secara komersial melalui sistem pengurusan yang tersusun, cekap dan sempuma. Permintaan yang tinggi terhadap barangan pertanian dan kepesatan pembangunan di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar mendorong kami menceburkan diri dalam bidang ini.
Kami telah memilih untuk menjalankan pentemakan udang galah di sebahagian kecil kawasan sawah di Rembau memandangkan kepada permintaan tinggi terhadap makanan yang berasaskan protien dan harga semasa udang yang tinggi. Penawaran dan permintaan barang ini akan berterusan dan meningkat sesuai dengan kepesatan pembangunan industri, pertumbuhan bandar baru yang akan mencetuskan pertumbuhan bilangan penduduk.
Justeru itu, Hasis Enterprise memperkenalkan satu cara dan pendekatan sempuma dan sesuai untuk memaksimakan penggunaan sawah terbiar dan memaksimakan keuntungan daripada hasil pertanian yang koimesial, profesional dan bersifat industri. |
---|