Muphic Studio: Studio Grafik & Multimedia / Aznam Tukiaman…[et al.]
Di dalam menuju alaf baru, untuk menjadikan diri kita golongan yang cerdik pandai, kita semua perlulah peka akan kecanggihan dunia teknologi masa kini. Janganlah kita menjadikan diri ini laksana tunggul kayu yang mendiamkam diri yang melihat akan arus kemajuan sahaja. Selaras dengan itu kami telah m...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Entrepreneurship Project |
Language: | English |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38492/1/38492.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38492/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Di dalam menuju alaf baru, untuk menjadikan diri kita golongan yang cerdik pandai, kita semua perlulah peka akan kecanggihan dunia teknologi masa kini. Janganlah kita menjadikan diri ini laksana tunggul kayu yang mendiamkam diri yang melihat akan arus kemajuan sahaja. Selaras dengan itu kami telah menubuhkan Muphic Studio yang merupakan satu pemiagaan perkongsian yang ditubuhkan atas dasar saling percaya antara satu sama lain dan perniagaan ini merupakan perniagaan baru dan masih belum wujud lagi di negara ini. Muphic sebenarnya ialah singkatan daripada perkataan multimedia dan grafik.
Perniagaan ini berbentuk perkhidmatan sistem pengajaran kepada mereka yang berminat dalam penghasilan rekaan grafik dan mencipta hasil kerja dalam bentuk multimedia serta proses penghasilan kerja terakhir iaitu dalam bentuk manual. Contohnya seperti teknik atau cara menampakan kerja yang di buat dengan lebih kemas terutamanya ketika hendak melakukan persembahan hasil kerja di hadapan pensyarah, guru, pengurus syarikat dan sebagainya.
Perniagaan ini bertujuan untuk memperkembangkan lagi ilmu dan kemahiran dalam bidang grafik dan multimedia serta kaedah penghasilan kerja terakhir iaitu secara manual selaras dengan keperluan era teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Di samping itu perniagaan ini bertujuan juga untuk melahirkan pereka-pereka grafik yang berjaya kerana pada masa kini negara memerlukan pereka-pereka grafik dan multimedia untuk syarikat pengiklanan, percetakan, perfileman dan sebagainya. |
---|