Kreativiti pensyarah melalui aplikasi teknik-teknik PowerPoint untuk tujuan pengajaran / Faizan Hj Abd Jabar … [et al.]

PowerPoint merupakan alat yang berkesan dalam penyampaian syarahan dan juga pembentangan. Ini kerana PowerPoint merupakan perisian yang menampilkan huruf dan juga gambar serta dapat memberi gambaran yang lebih jelas lagi tentang sesuatu persembahan. Ia juga dapat menarik perhatian penonton melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hj Abd Jabar, Faizan, Abdul Razak, Nor Hidayatun, Johar, Nor Chahaya, Harun, Norlaili, Hj Abd Jabar, Mashita
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38190/1/38190.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38190/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:PowerPoint merupakan alat yang berkesan dalam penyampaian syarahan dan juga pembentangan. Ini kerana PowerPoint merupakan perisian yang menampilkan huruf dan juga gambar serta dapat memberi gambaran yang lebih jelas lagi tentang sesuatu persembahan. Ia juga dapat menarik perhatian penonton melalui animasi-animasi yang menarik. Bagi para pensyarah pula, penggunaan PowerPoint mampu membantu mereka menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan. Meskipun para pensyarah mengehploitasi sepenuhnya perisian PowerPoint secara kreatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar, namun begitu, tahap penggunaan PowerPoint secara berkesan dalam penyampaian syarahan di kalangan pensyarah masih kabur. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan untuk mengetahui apakah teknik-teknik PowerPoint yang biasa diaplikasikan oleh pensyarah dalam menghasilkan bahan pengajaran yang kreatif, menarik dan berkesan dan mengetahui apakah teknik paling kerap digunakan oleh pensyarah. Bagi mendapatkan maklumbalas, 100 borang soalselidik telah diedarkan kepada pensyarah dari pelbagai fakulti di Universiti Teknologi Mara, Pahang. Hasil kajian mendapati para pensyarah mempunyai pengetahuan asas dan tahu mengaplikasikan teknik-teknik perisian PowerPoint, namun tidak ramai yang mengaplikasikannya dalam proses pengajaran bagi persembahan yang lebih mantap. Hasil kajian diharap dapat membantu para pensyarah mengenalpasti kepelbagaian teknik-teknik PowerPoint yang ada di samping berusaha menggunakannya secara kreatif untuk penambahbaikan dalam proses pengajaran.