Kesan amang semi proses ke atas kromosom Setcreasea Purpurea Boom / Sarina Hashim
Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Mal...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37783/1/37783.PDF http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37783/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang
disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi
daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah
kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM.).
Medium penahaman bagi bioindikator tumbuhan, Setcreasea purpurea Boom terdiri
daripada (a) tanah kawalan, (b) campuran tanah-amang semi proses (3:1) dan (c)
campuran tanah-amang semi proses (1 :3). Sampel hujung akar dikumpulkan selepas
lima hari penanaman sebingga hari ke-15. Sampel yang telah diambil dikenakan praperlakuan,
penetapan dan hidrolisis sel sebelum diwarnakan dengan larutao aseto
karmein (2%). Teknik skuas sampel hujung akar diatas slaid basah menyediakan satu
lapisan sel nipis untuk penyaringan kromosom. Analisis sitologi kromosom somatik
mendapati kromosom tumbuhan ini 2n = 24; terdiri daripada empat metasentrik dan
lapan submetasentrik. Medium pertumbuhan mengandungi amang semi proses
didapati menyebabkan kejadian aberasi kromosom yang dikesan daripada serakan
kromosom metafasa dalam sel hujung akar. Tahap kerosakan kromosom didapati
meningkat dengan tempoh perlakuan. Lesi kromatid dan serpihan asentrik adalah
jenis aberasi yang paling banyak dicerap akibat pendedahan kepada tanah amang semi
proses. |
---|