Iklim proses organisasi di Institusi Pendidikan Tinggi MARA / Mumtaz Begam Abdul Kadir, Norzaini Azman and Mohamed Sani Ibrahim

Iklim organisasi merujuk kepada satu set keadaan dan amalan warga kerja sesebuah organisasi. Iklim kerja menggambarkan persepsi warga kerja terhadap persekitaran kerja, kebajikan dan kemampuan pengembangan dan pembangunan pekerja yang terdapat di dalam organisasi. Iklim kerja ini akan memberi kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Kadir, Mumtaz Begam, Azman, Norzaini, Ibrahim, Mohamed Sani
Format: Article
Language:English
Published: ACRULeT, Faculty of Education & UiTM Press 2008
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/359/1/AJ_MUMTAZ%20BEGAM%20ABDUL%20KADIR%20AJUE%2008.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/359/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Iklim organisasi merujuk kepada satu set keadaan dan amalan warga kerja sesebuah organisasi. Iklim kerja menggambarkan persepsi warga kerja terhadap persekitaran kerja, kebajikan dan kemampuan pengembangan dan pembangunan pekerja yang terdapat di dalam organisasi. Iklim kerja ini akan memberi kesan terhadap prestasi kerja dan hubungan antara individu. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti iklim proses organisasi yang sedia ada di Institusi Pendidikan Tinggi Mara (IPTMa). Sampel seramai 1580 orang daripada kumpulan pengurusan, pensyarah dan staf sokongan dari 35 buah IPTMa. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan kesemua IPTMa mempunyai iklim proses organisasi yang menyokong pelaksanaan TQM. Selain itu, iklim proses organisasi yang telah memperoleh pengiktirafan ISO iaitu kolej UniKL (ISO) dan IKM(ISO) menyokong pada tahap yang tinggi berbanding dengan institusi lain. Secara keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM merupakan faktor dominan dalam mempengaruhi iklim proses organisasi. Iklim proses organisasi yang menyokong akan mewujudkan pekerja yang produktif tetapi kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan satu petanda yang baik kepada pihak pengurusan IPTMa kerana iklim jenis ini menunjukkan warga IPTMa adalah produktif tetapi kurang berdikari. Implikasi kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM perlu dimantapkan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan iklim proses organisasi.