Hubungan dinamik antara pendidikan dengan pertumbuhan ekonomi / Nurhidayani Abd Wahab
Pendidikan menurut Falsafah Pendidikan Negara adalah suatu usaha dan tindakan berterusan bagi memperkembangkan secara menyeluruh potensi seseorang individu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan kepada Tuhan manakala pertumbuhan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35562/1/35562.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35562/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan menurut Falsafah Pendidikan Negara adalah suatu usaha dan tindakan berterusan bagi memperkembangkan secara menyeluruh potensi seseorang individu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan kepada Tuhan manakala pertumbuhan ekonomi merupakan peningkatan produktiviti dalam penghasilan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dari tahun ke tahun. Kedua-dua elemen ini amat penting kepada sesebuah negara kerana menjadi lambang kejayaan dan pencapaian negara masing-masing. Umumnya pendidikan dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Hal ini kerana pendidikan dapat meningkatkan produktiviti kerja seseorang, yang kemudiannya akan meningkatkan pendapatan individu tersebut. Peningkatan pendapatan ini berkait pula dengan pendapatan negara, yang kemudiannya akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah. Oleh itu, pendidikan telah dianggap sebagai medium untuk melahirkan tenaga kerja berilmu dan terlatih yang sangat diperlukan dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis hubungan dinamik antara perbelanjaan pendidikan (PP) dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia yang ditunjukkan melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Persoalannya, adakah kedua- duanya saling mempengaruhi atau hanya pengaruh satu arah sahaja. Untuk mengetahui jawapannya, analisis menggunakan ujian Kausaliti Granger telah dijalankan. Data yang dianalisis merupakan data siri masa tahunan selama 31 tahun dari tahun 1982 sehingga 2012. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai hubungan kedua-dua pembolehubah ini, turut dianalisis bagaimana pembolehubah bebas mempengaruhi pembolehubah bersandar dengan menggunakan model Vector Autoregressive (VAR). |
---|