Pemasaran sosial dan peningkatan tahap kesihatan: analisis kualitatif / Mazlan Che Soh
Kertas ini bertujuan untuk meninjau peranan yang dimainkan oleh program-program pemasaran sosial yang dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di Malaysia. Bagi tujuan ini kajian ini akan memberikan fokus terhadap satu kempen sosial secara besar-besaran yang telah dilaksana...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33922/1/33922.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33922/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas ini bertujuan untuk meninjau peranan yang dimainkan oleh program-program pemasaran sosial yang dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di Malaysia. Bagi tujuan ini kajian ini akan memberikan fokus terhadap satu kempen sosial secara besar-besaran yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) dalam usaha untuk mengekang dan menangani wabak influenza H1N1 yang telah melanda dunia baru-baru ini yang meragut banyak nyawa di seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia dan Singapura. Kerajaan Malaysia serta Singapura menerusi pelbagai agensinya telah melaksanakan program kempen ini apabila pelbagai bahan komunikasi serta program didapati telah dijalankan secara ektensif di seluruh negara. Analisis kualitatif terhadap bahan-bahan kempen ini akan dapat mengenalpasti tema-tema yang digunakan untuk menyampaikan mesej. Analisis ini juga mendedahkan beberapa perbezaan yang diambil oleh kedua-dua buah Kerajaan terutama dalam menangani wabak H1N1. Jelas sekali saiz, jumlah penduduk, pintu masuk dan sebagainya telah menjadi faktor yang menyumbang kepada perbezaan ini. Penggunaan pemasaran sosial dalam menangani isu dan masalah berkaitan sosial dilihat antara pendekatan penting yang semakin mendapat tempat di Negara ini khususnya. |
---|