Satu kajian tentang pandangan masyarakat remaja sekolah luar bandar tentang teknik dan pengolahan iklan-iklan syarikat rokok di televisyen di sekitar tahun 1999 / Nor Fazlie Safri
Dunia periklanan semakin berkembang dari sehari ke sehari. lanya akan terus berkembang selari dengan peredaran zaman. Banyak iklan-iklan yang ditayangkan di televisyen pada masa ini muncul dalam berbagai-bagai bentuk dan kreativiti. Mereka bersaing dan semuanya ada kekuatan tersendiri tidak kira dar...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33853/1/33853.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33853/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dunia periklanan semakin berkembang dari sehari ke sehari. lanya akan terus berkembang selari dengan peredaran zaman. Banyak iklan-iklan yang ditayangkan di televisyen pada masa ini muncul dalam berbagai-bagai bentuk dan kreativiti. Mereka bersaing dan semuanya ada kekuatan tersendiri tidak kira dari segi teknik, strategi ataupun pengolahannya. Oleh itu, penulis telah mengambil satu pendekatan untuk mengkaji sejauh mana iklan-iklan ini berjaya menyampaikan mesej mereka kepada umum. Penulis telah rnengkhususkan iklan syarikat rokok sebagai kajian denganmemilih tajuk tesis iaitu, Satu (Kajian Tentang Pandangan Masyarakat Remaja SekolahLuarbandar Tentang Teknik Dan Pengolahan Iklan-iklan Syarikat Rokok Di TelevisyenDi Sekitar Tahun 1999. Antara tujuan penting kenapa penulis memilih tajuk sedemikian untuk dijadikan tesis ialah penulis ingin mengetahui bagaimana strategi, teknik, media dan pengaruh yang digunakan oleh syarikat rokok ini dalam mengiklankan produk mereka kepada masyarakat terutamanya kepada responden. Penulis telah memilih responden yang difikirkan sesuai iaitu masyarakat remaja sekolah luarbandar yang berbeza corak kehidupan dan pemikiran untuk memberi pandangan, pendapat dan komen berhubung dengan iklan-iklan syarikat rokok tersebut. Penulis akan menganalisa perkara tersebut berdasarkan strategi dan kaedah tertentu agar apa yang penulis inginkan bertepatan dengan tajuk yang dibuat. Antara kaedah penting yang penulis lakukan ialah dengan menyediakan dan mengedar kertas soalan kajiselidik, membuat temuramah dengan agensi periklanan, membuat temuramah dengan responden dan membuat rakaman video iklan-iklan syarikat rokok yang disiarkan di televisyen pada masa sekarang. Di samping itu, penulis juga membuat rujukan di akhbar-akhbar, artikel, majalah dan buku-buku ilmiah. Dalalm bab 3, keputusan analisis yang telah dibuat, diperolehi setelah semua maklumat dan kaedah tersebut dijalankan dan dianalisa. Apa yang penulis lakukan untuk mencari rumusan ialah dengan menganalisa berapa peratus responden yang tahuakan periklanan, berapa peratus responden yang meminati iklan syarikat rokok, berapa peratus responden yang merokok berserta puncanya dan bilangan iklan syarikat rokok jenis apa yang diminati oleh responden. Semua analisis adalah dalam bentuk carta pai dan graf. Dalam bab terakhir pula, penulis telah dapat menyimpulkan bahawa responden iaitu masyarakat remaja sekolah luarbandar bukanlah satu golongan yang pasif seperti yang dijangkakan oleh sesetengah pihak. Dari analisis tersebut, jelas menunjukkan bukti-bukti bahawa mereka bukanlah pelajar yang ketinggalan baik dari segi pelajaran,pemikiran mahupun penampilan. Dengan iklan sebagai kayu pengukur yang penulis gunakan dalam tesis ini, akhirnya dapat menilai pemikiran seseorang individu atau sesuatu masyarakat lebih-lebih lagi pemikiran responden yang dipilih. |
---|