Al Mutawalli Dalam Pengurusan Harta Wakaf Dan Amalan Di Malaysia Menurut Perundangan Islam / Che Zuina Ismail
Harta wakaf perlu dipelihara, dijaga dan dimajukan supaya manfaatnya bukan sahaja dapat dikekalkan dan memenuhi tujuan, malahan dapat dimaksimumkan. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33345/1/33345.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33345/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Harta wakaf perlu dipelihara, dijaga dan dimajukan supaya manfaatnya bukan sahaja dapat dikekalkan dan memenuhi tujuan, malahan dapat dimaksimumkan. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan. Justeru pengurusan dan pembangunan harta wakaf di negara ini juga mestilah bersifat inovatif, kreatif dan proaktif berpaksikan kepada hukum syarak. Demi kepentingan ummah dan maksud yang telah dinyatakan di atas, penulisan ini telah mengupas konsep al-mutawalli(pengurus harta wakaf) dalam sistem pengurusan wakaf menurut syarak dan amalannya di Malaysia. Penulisan yang berbentuk konseptual dari aspek perundangan ini menggarapkan tiga objektif utama iaitu memberi kefahaman umum kepada pembaca tentang konsep pengurus harta wakaf (almutawalli), menjelaskan amalan pengurusan harta wakaf semasa dan akhirnya menilai sistem pengurusan harta wakaf di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. Justeru ia menghuraikan beberapa ceraian tajuk yang relevan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan tanah wakaf menurut Islam, status dan bidangkuasa almutawalli, perlantikan al-mutawalli, tanggungjawab al-mutawalli, pemecatan al-mutawalli, upah dan ganjaran almutawalli, sejarah awal pengurusan wakaf i Malaysia dan akhirnya kupasan terhadap pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Malaysia. Sememangnya saling jalinan tajuk-tajuk kecil di ruangan yang terhad ini mencetuskan dan memerlukan kesinambungan lanjutan kajian yang lebih kritis mengenai pengurus dan pengurusan harta wakaf di Malaysia. |
---|