Tumbuhan selasih dalam al-Quran dan Hadith: analisis terhadap manfaatnya berasaskan kepada penyelidikan semasa / Khadher Ahmad … [et al.]

Selasih (nama saintifik; Ocimum basilicum Linn.) merupakan khazanah alam semulajadi yang istimewa. Penyebutan tentangnya yang dirakamkan dalam alQuran dan al-Hadith telah menyerlahkan sisi istimewanya. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari akan fakta ini. Malah, selasih dianggap tumbuhan yang kur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Khadher, Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli, Awang, Khalijah, Othman, Rozana, Abd Razzak, Monika @ Munirah, Fauzi, Nurulwahidah, Yakob, Mohd Asmadi, Md Ariffin, Mohd Farhan
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30409/1/30409.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30409/
https://jcis.uitm.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selasih (nama saintifik; Ocimum basilicum Linn.) merupakan khazanah alam semulajadi yang istimewa. Penyebutan tentangnya yang dirakamkan dalam alQuran dan al-Hadith telah menyerlahkan sisi istimewanya. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari akan fakta ini. Malah, selasih dianggap tumbuhan yang kurang berharga kerana tidak bernilai komersial. Populariti selasih yang kurang berbanding delima, anggur dan kurma menjadikannya dipandang sepi. Kedangkalan manusia untuk mengenal, mengkaji dan memahami manfaat selasih menjadikannya tidak dikenali, kurang dikaji, tidak diyakini dan jarang digunakan. Oleh itu, kajian ini akan menonjolkan kelebihan dan manfaat yang boleh didapati daripada selasih. Kajian ini menggunapakai keutamaan perincian saintifik dalam menyenarai secara fakta manfaat-manfaat selasih. Dalil daripada al-Quran dan al-Hadith akan menjadi asas bagi menyatakan signifikan selasih daripada perspektif Islam. Kajian ini turut menggunapakai metodologi bibliometrik terhadap selasih. Ini penting bagi memperoleh data yang berautoriti. Hasilnya, didapati majoriti penyelidikan lepas mengenai selasih didominasi oleh artikel jurnal (65.7%) dan disertasi sarjana (13.1%). Kajian lepas berkenaan selasih kebanyakannya berkisar tentang perincian saintifik yang meliputi bidang Farmakologi, Bio-Teknologi, Food Science, Parasitologi and Pesticide, Sains Botani, Bio-Perubatan, Bio-Kimia dan Mikrobiologi. Hasil analisis kandungan turut menemui bahawa daun, minyak, biji dan keseluruhan bahagian pokok bahkan ekstrak daripada pokok selasih mempunyai pelbagai manfaat dari sudut kesihatan misalnya antioksida, antibakteria, antimikrob dan penghindar makhluk perosak. Melihatkan potensi sedia ada, lanjutan penyelidikan terhadap selasih penting bagi manfaat Malaysia.