Kalkulator garis panduan kemudahan awam untuk pembangunan perumahan mapan / Norainah Abdul Rahman … [et al.]

Garis panduan perancangan adalah sangat penting dalam mengawal pembangunan perumahan di bandar dan di luar bandar. Ini untuk memastikan pembangunan yang mampan di mana pembangunan ini menepati kehendak dan kemahuan semasa tanpa menggadaikan keperluan untuk masa hadapan. Garis panduan perancangan dig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Norainah, Saad, Nor Liza, Abdullah, Kamariah, Muhammad Soffian, Nur Shaffiqa, Ahmad, Aizazi Lutfi, Ab Manan, Nor Ashikin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press) 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23741/1/AJ_NORAINAH%20ABDUL%20RAHMAN%20JURIM%2018.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23741/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Garis panduan perancangan adalah sangat penting dalam mengawal pembangunan perumahan di bandar dan di luar bandar. Ini untuk memastikan pembangunan yang mampan di mana pembangunan ini menepati kehendak dan kemahuan semasa tanpa menggadaikan keperluan untuk masa hadapan. Garis panduan perancangan digunakan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) untuk memastikan aktiviti guna tanah yang seragam, selesa dan selamat supaya projek pembangunan perumahan yang dijalankan memenuhi keperluan masyarakat dan mewujudkan persekitaran kehidupan yang selesa. PBPT telah menghasilkan garis panduan perancangan yang lengkap supaya dipatuhi oleh setiap projek pembangunan di Malaysia. Walau bagaimanapun, garis panduan perancangan masa kini telah disediakan dalam bentuk laporan dan tidak mesra pengguna. Ekoran daripada masalah ini, Kalkulator Garis Panduan Kemudahan Awam untuk Pembangunan Perumahan Mampan versi digital telah direka cipta. Objektifutama reka cipta ini adalah untuk membangunkan garis panduan perancangan versi digital yang lebih mesra pengguna bagi memudahkan proses pencarian maklumat serta dapat membantu pengguna mengakses maklumat yang (tepat\ 'mudah'dan 'cepat' (Exact, Easy dan Express - 3E s). Kalkulator ini disediakan untuk membantu perancang bandar, juru runding, pemaju tanah danpelajar' dalam penyediaan susun atur pembangunan yang memenuhi keperluan pembangunan bagi tujuan permohonan kebenaran merancang. Di samping, itu kalkulator ihi dijangka dapat memudahkan kerja PBPT dalam menyemak susun atur cadangan pembangunan yang dikemukakan agar ia selari dengan garis panduan perancangan supaya kebenaran perancangan dapat diluluskan.