Laporan kajian akhir cadangan menaik taraf dan mereka bentuk The Majestic Station Hotel Ipoh di Bangunan Stesen Keretapi, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. / Zulaika Mohd Shuid

Pembentukan sesebuah reka bentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan peneiitian yang tajam bagi menghasilkan reka bentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Reka Bentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Shuid, Zulaika
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20851/1/PPd_ZULAIKHA%20MOHD%20SHUID%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20851/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembentukan sesebuah reka bentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan peneiitian yang tajam bagi menghasilkan reka bentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Reka Bentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan menaik taraf dan mereka bentuk skima baru bagi The Majestic Station Hotel Ipoh. Bertempat di Bangunan Stesen Keretapi, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh, Perak darul Ridzuan. Tujuan utama projek ini adalah menaik taraf, mereka bentuk dan merancang ruang dengan lebih sistematik dan berfungsi serta dapat memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan. Dengan terhasilnya reka bentuk dan hiasan dalaman yang baru bagi The Majestic Station Hotel Ipoh, adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej hotel ini dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang hotel untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij hotel tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir hotel ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat The Majestic Station Hotel Ipoh samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang saya terapkan di sini adalah ‘Regenerate : brings in new soul, new spirit and new life' yang bermaksud melakukan perubahan secara radikal untuk kehidupan yang lebih baik disamping memberikan satu nafas baru memandangkan hotel ini merupakan sebuah hotel yang jika dilihat dari segi nama memberikan maksud yang gah tetapi secara zahirnya tidak menonjolkan ciri-ciri tersebut. Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan idea-idea untuk menaiktaraf dan merekabentuk The Majestic Station Hotel Ipoh agar menjadi ikon negeri perak suatu hari nanti.