Cadangan rekabentuk baru kelab penyokong Liverpool di No 120, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kg Baru Kuala Lumpur / Muhammad Hilmie Ros

Projek yang telah dipilih bagi melengkapkan subjek pada semester akhir ini ialah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Kelab Penyokong Bolasepak Liverpool yang baru di atas sebuah lot beralamat No120, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kg Baru, Kuala Lumpur untuk Tetuan Kelab Penyokong Bolasepak Liverpool Cawan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ros, Muhammad Hilmie
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20724/1/PPd_MUHAMMAD%20HILMIE%20ROS%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20724/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek yang telah dipilih bagi melengkapkan subjek pada semester akhir ini ialah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Kelab Penyokong Bolasepak Liverpool yang baru di atas sebuah lot beralamat No120, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kg Baru, Kuala Lumpur untuk Tetuan Kelab Penyokong Bolasepak Liverpool Cawangan Malaysia. Sebelum menjalankan tesis ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut fasa-fasa tertentu. Pelbagai faktor dan perkara penting telah diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman serta kawasan luar tapak. Aktiviti mengenalpasti masalah yang wujud dilakukan terlebih dahulu sebelum proses yang seterusnya dijalankan. Ini adaiah penting bagi mengelakkan berlakunya masalah yang sama pada masa hadapan dan supaya projek akhir ini boleh berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian bermula daripada peringkat perkara asas hinggalah perkara halus yang perlu diteliti. Kajian mengenai kelab-kelab lain yang sedia ada di seluruh dunia juga dilakukan bagi membuat perbandingan yang perlu. Sehubungan itu, proses pengumpulan data akan diterapkan supaya proses rekabentuk yang berjaya dan menarik dapat dihasilkan disamping dapat menonjolkan imej dan elemen yang hendak disampaikan. Justeru itu, perancangan yang teliti telah dibuat sebelum proses rekabentuk. Kepentingan pengguna khususnya ahli kelab adaiah diutamakan dalam merekabentuk kelab ini. Maka, satu ruang yang mempunyai imej dan elemen yang tersendiri harus direka bagi memberi kesan positif dari segi psikologi. la menjurus kepada satu ruang yang menaikkan semangat dan menampakkan ciri-ciri semangat membara pasukan Liverpool F.C khususnya.