Siapakah yang sayang: Pengurusan gerontologi, kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang / Nurzahidah Jaafar … [et al.]

Pengurusan warga emas yang sistematik dalam aspek-aspek tertentu antaranya pengurusan kesihatan, perkembangan psikologi, penjagaan emosi, pembangunan rohani adalah sangat signifikan dan selari dengan dasar kerajaan dalam memberikan kebajikan bagi meningkat kualiti dan kesejahteraan kehidupan sebuah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jaafar, Nurzahidah, Mohd Aris, Suliah, Ismail, Fadhilah Adibah, Saidon, Rafeah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20207/1/PRO_NURZAHIDAH%20JAAFAR%20M%2017.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20207/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan warga emas yang sistematik dalam aspek-aspek tertentu antaranya pengurusan kesihatan, perkembangan psikologi, penjagaan emosi, pembangunan rohani adalah sangat signifikan dan selari dengan dasar kerajaan dalam memberikan kebajikan bagi meningkat kualiti dan kesejahteraan kehidupan sebuah tamadun manusia. Pengurusan gerontologi Islam telah lama berkembang sesuai dengan keperluan semasa seperti yang termaktub dalam surah al-Isra ayat 23 dan 24 yang mengkehendaki anak-anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka dalam segenap perkara. Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk melihat pengurusan rumah jagaan warga emas menepati 5 dimensi utama kesejahteraan iaitu dimensi kesihatan (penuaan sihat), sosial (penuaan aktif), ekonomi (penuaan produktif), kerohanian (penuaan positif) dan persekitaran (penuaan menyokong). Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dengan mengumpulkan data-data daripada kajian penyelidik terdahulu dan menemubual pengurus dan warga emas Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang. Hasil kajian mendapati dimensi kerohanian dan persekitaran menjadi faktor utama penyumbang kepada kualiti hidup dan kesejahteraan warga tua di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang.