Pengukuran disleksia Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah / Amiyamin Haji Mohamad Yusop

Kesedaran dan minat terhadap masalah membaca adalah konsisten sehingga menghasilkan banyak kajian dan inovasi dalam pendidikan. Begitulah juga halnya dengan kajian berkenaan masalah membaca al- Quran di Malaysia. Kajian-kajian lalu berkenaan masalah membaca al- Quran membuktikan bahawa golongan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Yusop, Amiyamin
Format: Book Section
Language:English
Published: Institute of Graduate Studies, UiTM 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19828/2/ABS_AMIYAMIN%20MOHAMAD%20YUSOP%20TDRA%20VOL%2012%20IGS%2017.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19828/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesedaran dan minat terhadap masalah membaca adalah konsisten sehingga menghasilkan banyak kajian dan inovasi dalam pendidikan. Begitulah juga halnya dengan kajian berkenaan masalah membaca al- Quran di Malaysia. Kajian-kajian lalu berkenaan masalah membaca al- Quran membuktikan bahawa golongan yang lemah dalam pembacaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor latar belakang keluarga, tahap ekonomi, faktor pendidikan ibu bapa, bahan bantu mengajar, minat dan lain-lain. Kajian-kajian lalu juga menunjukkan bahawa faktor disleksia tidak dibincangkan sebagai punca murid lemah dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran di Malaysia. Kajian berkenaan masalah disleksia harus dilaksanakan kerana disleksia merupakan antara punca mengapa murid gagal dalam menguasai kemahiran membaca sedangkan mereka telah mengalami proses pembelajaran yang secukupnya sama seperti rakan sebaya mereka yang lain (Lee, 2004). Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk membina alat ukur bagi mengenal pasti disleksia dalam membaca al-Quran.