Hukuman jenayah zina dalam Islam dan pelaksanaannya di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia / Faisal Husen Ismail and Jasni Sulong

Kesalahan zina adalah sebahagian daripada jenayah yang termasuk di bawah kesalahan hudud dalam Undang-undang Jenayah Islam. Pelaksanaannya diwajibkan ke atas pemerintah Islam bagi memelihara kesucian keturunan umat manusia daripada lahirnya generasi tanpa ikatan perkahwinan. Bagaimanapun, sejarah pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faisal Husen Ismail, Jasni Sulong
Format: Student Project
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16998/2/AJ_FAISAL%20HUSEN%20ISMAIL%20ESTEEM%2016.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16998/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesalahan zina adalah sebahagian daripada jenayah yang termasuk di bawah kesalahan hudud dalam Undang-undang Jenayah Islam. Pelaksanaannya diwajibkan ke atas pemerintah Islam bagi memelihara kesucian keturunan umat manusia daripada lahirnya generasi tanpa ikatan perkahwinan. Bagaimanapun, sejarah pelaksanaan hukuman zina tidak banyak direkodkan dalam sejarah perundangan Islam. Pada hari ini, pelaksanaannya ke atas masyarakat Islam khususnya di Aceh banyak dipengaruhi oleh hukum adat berbanding agama. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji sejarah pelaksanaan hukuman jenayah zina pada masa pemerintahan Kerajaan Aceh dahulu dan menyelidik sejauh mana ia selaras dengan aturan dalam perundangan Islam. Seterusnya kajian akan menganalisis perkembangan pelaksanaannya pada masa kini di Wilayah Aceh, Indonesia menerusi perundangan semasa. Kaedah penyelidikan dilakukan dengan menganalisis dokumen seperti buku-buku ilmiah, peruntukan undang-undang, kes-kes yang berkaitan, jurnal dan artikel berkaitan. Kajian mendapati hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan jenayah zina pada zaman Kesultanan Aceh tidaklah sepenuhnya merujuk kepada hukuman Islam tetapi mempunyai pengaruh hukum adat setempat seperti hukuman sula, dipijak gajah sampai mati dan sebagainya. Manakala dalam perlaksanaan semasa, hukuman zina yang dilaksanakan hanya melibatkan hukuman sebat 100 rotan tetapi tiada hukuman rejam sampai mati. Justeru, tiada perbezaan antara penzina yang muhsan dan ghayr muhsan sebagaimana dalam hukuman fekah di mana kesalahan ulangan ke atas zina ini hanya dikenakan hukuman takzir denda dan penjara