Kajian penguatkuasaan perancangan salah guna bangunan. Kes kajian : Selayang Baru, Selangor / Kamaruzaman Hamdan

Penguatkuasaan perancangan merupakan kawalan perancangan atau pembangunan yang paling berkesan dalam menjalankan sesuatu pembangunan. Ianya penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang menepati matlamat perancangan yang digariskan. Selain dari masalah pembangunan tanpa kebenaran, masalah sala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamdan, Kamaruzaman
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 1991
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1361/1/PPb_KAMARUL%20AZAM%20SELAMAT%20AP%2091_5%20P01.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1361/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguatkuasaan perancangan merupakan kawalan perancangan atau pembangunan yang paling berkesan dalam menjalankan sesuatu pembangunan. Ianya penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang menepati matlamat perancangan yang digariskan. Selain dari masalah pembangunan tanpa kebenaran, masalah salahguna bangunan juga merupakan suatu gejala yang sering berlaku didalam sesuatu kawasan pembangunan. Masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti permintaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan, desakan pembangunan kawasan sekitar, sikap manusia, penguatkuasaan yang tidak tegas dan sebagainya. Melalui kajian ini penekanan akan diberikan kepada aspek penguatkuasaan, perundangan, pentadbiran, perancangan dan sebab berlakunya aktiviti ini. Setelah menjalankan analisis, penemuan isu dan masalah akan dirumuskan untuk membentuk strategi dan cadangan jangka panjang dan jangka pendek bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul. Adalah diharapkan dengan kajian ini akan dapat mengenalpasti sebab-sebab atau punca berlakunya aktiviti ini, sekaligus memberikan cadangan yang berkesan didalam penyelesaiannya.