UiTM dalam usia 50 tahun: cabaran dan halangan / Ibrahim Abu Shah

Dalam mencapai usia 50 tahun, UiTM telah mengatur beberapa langkah penambahbaikan, antaranya perubahan dari sudut jasmani dan rohani, mewujudkan prasarana yang lebih kondusif, pemikiran matang, yang mampu dijana oleh pelajar dan kakitangannya serta penambahan pelajar seramai 200,000 di samping penin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Shah, Ibrahim
Other Authors: Yaakob, Norashfah Hanim
Format: Book
Language:English
Published: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM 2006
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13574/2/13574.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13574/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam mencapai usia 50 tahun, UiTM telah mengatur beberapa langkah penambahbaikan, antaranya perubahan dari sudut jasmani dan rohani, mewujudkan prasarana yang lebih kondusif, pemikiran matang, yang mampu dijana oleh pelajar dan kakitangannya serta penambahan pelajar seramai 200,000 di samping peningkatan kualiti menjelang 2015. Dalam usaha yang dianggap paling mencabar ini, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu atau InQKA mempunyai peranan untuk mengenalpasti langkah-langkah yang harus diambil bagi memperkukuh kedudukan UiTM demi mencapai aspirasinya serta matlamat Rancangan Malaysia Ke-9 mengikut acuan 13 kriteria UiTM yang tersendiri, termasuklah konsep espirit de corps yang menekankan semangat kerjasama dan kekitaan. Selari dengan kematangan dan saiznya kini, UiTM telah mencatat perkembangan yang positif dari sudut sikap, komitmen dan kerjasama stafnya, terutama sekali, dalam aspek kualiti akademik, penerbitan dan pentadbiran. Usaha ini sewajarnya diterapkan ke peringkat fakulti, kampus dan bahagian, dalam menjamin komunikasi yang lebih berkesan supaya segala amanat dan polisi dikongsi, difahami dan diterima oleh semua warga UiTM demi mencapai universiti bertaraf dunia pada tahun 2020.