Konsep satu Malaysia sebagai agenda politik : perlu diteruskan atau difikir kembali? / Ismail Sualman

Kertas ini membincangkan mengenai sejauh mana rakyat Malaysia menerima Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik dan pemerintahannya. Walaupun konsep ini telah dilaksanakan sejak perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, namun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sualman, Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12580/1/AJ_ISMAIL%20SUALMAN%20IMP%2013.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12580/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini membincangkan mengenai sejauh mana rakyat Malaysia menerima Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik dan pemerintahannya. Walaupun konsep ini telah dilaksanakan sejak perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, namun beberapa kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan penerimaan konsep ini masih lagi rendah. Namun beberapa kajian lain pula mendapati konsep ini telah diterima oleh masyarakat. Apatah lagi keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi membuktikan bahawa konsep ini telah menempah kejayaannya. Persoalannya adakah keputusan pilihan raya berkenaan menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia atau disebabkan faktor-faktor isu semasa, calon strategi kempen atau wujud pergolakan dalam parti pembangkang?. Analisis beberapa kajian ilmiah berkaitan Konsep Satu Malaysia menunjukkan bahawa konsep ini di satu segi banyak memberi manfaat khususnya perpaduan kaum. Namun dari sudut yang lain konsep ini dianggap “mengurangkan ketuanan dan keistemewaan orang Melayu”. Beberapa penemuan kajian mencadangkan agar konsep ini perlu di fikirkan kembali agar tidak merugikan kaum Melayu dan Bumiputera.