Sifat-sifat peniaga yang dicintai Allah SWT dan Rasulullah SAW / Dr. Husnul Rita Aris

Penipuan dan pengkhianatan dalam kalangan peniaga telah menjadi isu yang semakin membimbangkan di Malaysia, dengan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan setiap tahun. Peniaga yang tidak bertanggungjawab ini sering memanfaatkan kepercayaan pelanggan untuk mengejar keuntungan segera, tanpa mempedulik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aris, Husnul Rita
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109098/1/109098.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/109098/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penipuan dan pengkhianatan dalam kalangan peniaga telah menjadi isu yang semakin membimbangkan di Malaysia, dengan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan setiap tahun. Peniaga yang tidak bertanggungjawab ini sering memanfaatkan kepercayaan pelanggan untuk mengejar keuntungan segera, tanpa mempedulikan etika atau tanggungjawab perniagaan. Contohnya, dalam satu kes di Terengganu, seorang peniaga kosmetik memperdaya 17 mangsa melalui skim pelaburan palsu "Due Kutu," yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi tidak wujud, menyebabkan kerugian sebanyak RM151,000 (Buletin TV3. 21 September 2023. Dicapai pada 22 September 2024). Kes seperti ini mencerminkan sikap tamak dan khianat peniaga yang menjejaskan reputasi sektor perniagaan. Selain itu, penipuan dalam sektor makanan juga semakin menonjol, khususnya ketika musim perayaan seperti Ramadan. Beberapa peniaga dilaporkan menjual makanan basi atau berkualiti rendah di bazar Ramadan, seperti "kuih koci basi" dan "roti john hangus," yang jelas merosakkan kepercayaan pelanggan terhadap peniaga kecil. Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan ketidakjujuran tetapi juga membahayakan kesihatan pengguna. Perbuatan ini juga mencemarkan imej peniaga-peniaga lain yang berniaga dengan jujur dan ikhlas, serta merosakkan reputasi bazar-bazar tersebut (Kosmo Digital. 27 Mac 2023. Dicapai pada 22 September 2024).