Perubatan komplimentari dan alternatif bagi pesakit kronik; apakah tanggapan masyarakat? / Muhamad Rafiqi Hehsan and Zulkifli Dahalan

Saban hari kadar pesakit kronik di dunia terus meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC), penyakit kronik biasanya digambarkan sebagai penyakit yang dihidapi dari masa setahun atau lebih, yang memerlukan rawatan perubatan secara berterusan atau mengehadkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hehsan, Muhamad Rafiqi, Dahalan, Zulkifli
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108138/1/108138.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108138/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Saban hari kadar pesakit kronik di dunia terus meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC), penyakit kronik biasanya digambarkan sebagai penyakit yang dihidapi dari masa setahun atau lebih, yang memerlukan rawatan perubatan secara berterusan atau mengehadkan aktiviti kehidupan seharian atau kedua-duanya sekali. Penyakit kronik, juga dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit (NCD), yang terdiri daripada penyakit jantung, strok, kanser, diabetes dan penyakit paru-paru kronik. NCD bertanggungjawab secara kolektif menyebabkan kematian hampir 74% daripada semua kematian di seluruh dunia. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), lebih tiga perempat daripada semua kematian NCD, dan 86% daripada 17 juta orang yang meninggal dunia secara pramatang, atau sebelum mencapai umur 70 tahun, berlaku di Negara berpendapatan rendah dan sederhana. NCD berkongsi empat factor risiko utama: penggunaan tembakau, kurang aktiviti fizikal, npenggunaan alkohol yang berbahaya dan diet tidak sihat. Kesannya, ramai pesakit kronik telah didorong untuk mencari alternatif dalam harapan untuk mengubati penyakit kronik mereka disamping aspek penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Perubatan komplementari dan alternatif (CAM) adalah sebarang prosedur perubatan yang berlainan normal standard dengan perubatan allopati. Perkataan 'komplimentari' dan perubatan 'alternatif' boleh digunakan secara bergantian, namun wujud perbezaan penting yang bagi kedua terma ini.